Pengalaman Gua Menonton Silap Mata | downgila

Friday, November 28, 2014

Pengalaman Gua Menonton Silap Mata

magnet

"Kau nak nengok mejik tak?" tanya abang gua baju sekolah tak tanggal kepala ingat nak main. Masa tu gua sama abang gua tak reti lagi cakap Kuala Lipis. Kita orang cakap Johor lagi sebab baru pindah dari Kluang.

Serta merta gua panik. Tak mungkin abang gua ada belajar subjek magis di Sekolah Padang Tengku. Gua yang baru saja sarung but getah Popeye 'rare' tinggi atas buku lali terus tangguh projek main gua petang tu dan setuju nak tengok abang gua punya magis. Lagipun show abang gua free. Tapi sebenarnya kalau gua cakap tak nak tengok pun, mesti kena tengok juga. Macam laa gua tak tahu.

Abang gua ajak gua pergi ke meja rotan di ruang tamu. Permukaan meja tu sekeping cermin. Gua duduk bersila tepi meja. Abang gua bawa keluar seketul benda hitam macam batu lalu meletakkannya diatas meja. Dada gua jadi berdebor masa tu.

"Jangan jangan inilah yang digelar geliga sakti!!" detik hati gua bila terpandang batu hitam milik abang gua.

Abang gua tenang letak tangan bawah meja balik cermin. Betul-betul bawah batu hitam tu. Kemudian dia suruh gua tengok batu hitam atas meja cermin tu betul-betul. Gua dengar cakap dan fokus tengok batu tu betul-betul.

Tanpa disangka-sangka, tiba-tiba batu atas cermin meja tu bergerak-gerak. Batu tu macam follow tangan abang gua pula. Bila tangan abang gua ke kiri, batu tu pun ke kiri. Bila tangan abang gua ke kanan, batu tu ke kanan juga. Tak sekali pun batu tu degil.

"Mejik, mejik..." kata gua sambil angguk angguk kepala.

Abang gua senyum nipis.

Lepas show tu, gua terus bertekad untuk belajar di Sekolah Kebangsaan Relong dengan bersungguh sungguh dan masuk MRSM Kuala Lipis.

***

"Ada lagi tak batu tu? Nak la satuuu..." ejas gua sambil terkial-kial sarung but getah 'rare' gua semula.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...