Besok Gua Start Kerja | downgila

Thursday, September 22, 2011

Besok Gua Start Kerja


Disebabkan duit gua mengalir macam hingus sem ni sebab INI, gua terpaksa mencari alternatif untuk menggantikan duit yang hilang. Bila gua survey member member, banyak idea yang diorang bagi. Tapi beberapa je yang boleh pakai. Antara alternatif yang gua pertimbangkan adalah

  1. Meragut
  2. Bermain gitar sambil bergoyang goyang badan didepan bukit bintang atau pasar seni. Nanti ada la orang bagi duit seringgit dua
  3. Merompak kedai mapley
  4. Kerja part time
Bila gua pikir pikir, yang nombor 4 tu je macam boleh pakai. So gua terus mengangkat punggung yang mantap ni ke Mid Valley mencari kerja. Lepas pusing pusing bersama dua orang gadis ayu tadi, gua berjaya mendapat kerja.

Kerja kat mana tu rahsia la. Ada la dekat area area The Gardens tu. Nak kerja dekat Mid Valley tak mantap sebab macam celaka punya ramai student UM bershuffle kat situ. Lagipun, bader tu macam desperate je nak carik part timer. Gua tak ada interview terus dia terima kerja. Gua saspek sebab gua comel dan ada iras iras Aaron Aziz, gua senang diterima bekerja.

Sekarang gua nak baju hitam. Siapa ada kasi pinjam tengok? Gua cadang nak pinjam baju Sarawak dulu minggu ni. Kalau gua rasa selesa dengan kerja kat situ, gua angkat satu baju kemeja hitam sendiri minggu depan. Serius!

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...