Apa Jadah Panggil Gua Adik? | downgila

Tuesday, September 13, 2011

Apa Jadah Panggil Gua Adik?


Hari Ahad haritu gua balik la UM kan. Tahun ni gua kena duduk dekat Blok E, jauh dari member member gua yang duduk dekat blok sebelah. Ada la beberapa je jejaka kacak dan comel dan awet muda yang terpilih dapat duduk dekat Blok E ni. Kiranya blok E ni memang Eksklusif la.

Gua bukan cakap kosong beb. Lepas gua sampai, gua terus bergegas pergi pejabat nak register nama dah isi isi borang apa banyak nak mati dah tandatangan sana sini. Lepas tu gua terus la angkat barang barang gua naik tingkat 4. Sampai atas memang gua mengah. Kalau hari hari macam ni memang badan gua akhir tahun ni gua jadi Aaron Aziz ah. Taf gitu

Sampai kat atas lepas gua masuk kunci,

"Kecek kecek", bunyi kunci gua pusing pusing pintu tak boleh bukak. Gua terus jadi sakit hati la ni pejabat salah bagi kunci. Bila gua tenung kunci puas puas rupanya kunci tu untuk bilik D417, celaka. Gua E417. Terpaksa la gua turun balik pergi balik pejabat tukar kunci.

Lepas dah masuk bilik dan berehat rehat sekejap, gua nak terkencing, gua keluar, dan selepas gua berjalan 3 langkah, ada suara yang tak enak memanggil gua kat belakang

"Adik, adik!", gua tau mamat freshie tu panggil gua, tapi gua buat rilek dan sombong. Buat jalan dada bidang je.

Mamat freshie tu tetap panggil gua

"Adik!", kali ni kuat sikit.

Gua nak tak nak pandang la jugak.

"Ye, ada apa?", tegur gua muka buat ketat. Jadah apa panggil gua adik?? Gua senior 3rd year kot!!

"Kiblat arah mana ye?", tanya freshie tersebut.

"Ohh. Straight sini pastu senget ah dalam 40 darjah", jawab gua sambil tangan tunjuk tunjuk arah macam pengakap suda kiri kanan kiri kanan.

"Ohh terima kasih ye dik"

"Sama sama", jawab gua sambil meneruskan perjalanan ke tandas sambil muka still buat sombong SEAKAN AKAN memberitahu freshie freshie yang lalu sebelah gua

"Gua ni 3rd year, jangan panggil gua adik ah lahanat"

Tapi jauh didalam lubuk hati gua..........

"Hik hik hik. chomel jugak rupanya aku ni, freshie tu panggil aku adik bai", hati gua tersenyum senyum sendiri..

=))


19 comments:

  1. watefuk??!!! sempat bajet . ergh

    ReplyDelete
  2. @Hazwan Kamarudin Dalam hati je berow. jhahahahaha

    ReplyDelete
  3. hahahha..mane freshie tuh..??ni dah kes mengaibkan senior2 kolej kediaman kelima nih..hahaha

    ReplyDelete
  4. Haha. freshie sebelah bilik ni je. meh2 dtg

    ReplyDelete
  5. lu muka jambu bai..hahhaa

    ReplyDelete
  6. BLUEK!!! gp jambu habissss!!!!

    ReplyDelete
  7. mcm puki je ayat akhir 2... hahaha

    ReplyDelete
  8. macam cilake gaya boleh bangga.lagi satu,apa motif kau bagitahu no bilik kau.?

    ReplyDelete
  9. @ekabukanmakcikkau. Aku nk tunjuk bilik aku tgkat 4 ahhh. HAHA

    ReplyDelete
  10. jangan nak kencing aku ahh.ingat taktau kau nak soh fauziah latip pegi bilik kau ? haha

    ReplyDelete
  11. chomel??? uwekkkk... shadap la weyh =)

    ReplyDelete
  12. GP, freshie tu maybe bru msok tp umo dia dah 45 kot.. siap ada 5 org anak lagi.. kira ok la dia panggil lu adik.. nanti dia panggil anak atau cucu lagi la bengang ye tak.. ahahahahahahah.. xD

    ReplyDelete
  13. @...cHoMeL iTu AkU... Pieyah jgn jeles. ahahhahahahahaha

    ReplyDelete
  14. @Miziey bahaah. kalau 45 dia pggl aku anak dah

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...