Cemas 2 : JPJ dan Polis | downgila

Tuesday, June 14, 2011

Cemas 2 : JPJ dan Polis

wira x siap siap nak jadik evo

Baru baru ni lesen gua dah mati. So sekarang gua kena lebih alert dengan polis dan JPJ durjana bila gua bawak motor. Nak dijadikan cerita, baru baru ni adik gua masuk HKL, ada accident sikit, so gua pergi la melawat dia kat HKL, 1st time gua pergi gua naik motor sampai KL sentral je, pastu gua park moto gua kat situ dan nek monorel sampai Chow Kit. Baru gua sedar, sebenarnye HKL dgn UM dekat jek, membazir je gua bayar tambang sampai RM2.50. Tu kalau gua isi minyak dah full tank dah. So 2nd time gua pegi gua naik moto. Pergi tu tengah hari, xde la risau polis. Gua tau polis bodoh, tp xde la bodoh sangat nak buat roadblock kat highway time tengah tengah hari kan. Jadi perjalanan pergi gua selamat.

Bila nak balik, time tu dah nak dekat pukul 8 malam, entah kenapa bila gua naik je motor, gua rasa tak sedap hati, Nak dijadikan cerita, tiba-tiba lain macam dada gua. Sejurus selepas gua duduk atas motor, dada gua automatik jadi berdebar. Laju. Gua hairan. Gua syak macam ada sesuatu akan berlaku. Gua duduk atas motor elok-elok macam orang agama-agama dan bergerak perlahan-lahan menghala ke UM. Gua kasi pemanduan yang paling JPJ.

Tapi gua punya debar tak selesai juga. Sepanjang perjalanan asyik berdebar. Dada jadi mengecil. Pandangan gua pun mula jauh. Gua jadi banyak fokus 500 meter ke hadapan daripada memandang jarak 2 meter di hadapan. Ada masa gua intai-intai juga cermin pandang belakang. Kadang-kadang macam ada jalur-jalur cahaya yang buat gua tambah berdebar. Celaka punya kereta wira modified. Apa cerita pasang lampu bukan-bukan kat kereta? dah la kereta modified style tak siap siap. Orang nak pakai evo kau nak pkai evo. Pastu kau renovate wira kau jadik evo memang xdapat la jep.

Gua sampai depan KL sentral, berdebar gua masih lagi tak hilang.

Sedar sedar gua dah tak berdebar, berdebar gua jadi hilang terus memang tak ada langsung dah. Sekarang dada gua dah jadik macam sombong pulak. Gua turun dari motor, buat muka bangga sebab dah sampai UM

'Apa barang dari HKL sampai UM takde roadblock..??', kata gua di dalam hati sambil berjalan dengan dada bidang masuk bilik.

5 comments:

  1. haha nice entry bro! aq pnah kne ngan polis tak puas hati cek dadah lam kereta...muke jahat ke ape

    ReplyDelete
  2. oih berlagakkk. kang kena saman baru tauuuu hahahahah

    ReplyDelete
  3. takpa lah. next time kalau ada roadblock, dada kau tu jadi macam limpa goreng
    kahkahkah

    ReplyDelete
  4. kau pnya debar bikin aku pn bdebar nk baca..deyem!

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...