Berlawan Dengan Hujan | downgila

Monday, July 16, 2012

Berlawan Dengan Hujan

rain riding rainy days down gila

Betul, hari ini cuaca berangin sangat. Langit pulak jenis tak cerah. Dia lebih ke gelap dari pagi. Cuaca macam ni sangat lah dialu-alu kan oleh pekerja pekerja site seperti gua. Tak payah berjemur tengah panas. Lu orang kerja dalam opis bawah ekon apa tau seksa kerja tengah panas?

Dalam pukul 3.45 hujan rintik rintik mula turun. Gua jadi tak tentu arah. Perlukah gua balik sementara hujan masih renyai atau duduk di site ni sampai pukul 5 sebab abang Ibrahim minta gua tunggu kalau kalau ada lori konkrit datang. Disebabkan gua licik dan tampan, gua nekad untuk balik awal sementara hujan belum mencurah curah.

Siap letak mp3, henpon, wallet, kamera dan buku log didalam plastik bag, gua beransur pulang.

"Balik ka boss?", tegur Sodikin. Seorang pemuda Indonesia 20-an yang berasal dari Jawa Barat.

"Ha'ah balik, nak buat apa tunggu sini. Bukan boleh tuang konkrit hujan hujan macam ni.", jawab gua tegas sambil kaki menyetat motor.

"Vrooom vroom..", selepas memanaskan enjin dalam 2 saat gua mulakan perjalanan. Tak ada pandang belakang dah. Jalan dekat site ni pulak satu hal. Lubang sana lubang sini. Kalah jalan dekat depan Sungai Jelai. Gua terpaksa mencilok kan cilok kiri denagn penuh komited sambil menyanyi riang lagu Rihanna Umbrella.

"Under my umbrella, under my umbrella eh eh eh eh", sungguh riang.

Tetapi nyayian riang gua tidak tahan lama, sampai depan One Utama, hujan tiba tiba jadi lebat gila babi. Jalan jadi jem. Semua kereta memperlahankan kereta. Gua jadi resah, baju dah mula basah. Gua cilok cilok juga tapi tidak lagi menyanyi riang.

Dalam seminit hujan menjadi semakin lebat. Lebat gila babi kuasa dua. Jalan jadi kabur. Gua mula berhati hati dan membawa motor di bahu jalan takut dilanggar dari belakang. Sepanjang perjalanan banyak gila kereta yang lalu lopak air lalu memercikkan air banyak gila kepada gua yang membawa motor.  Gua jadik basah macam pukimak. Tertelan air tak payah cakap la. Gua kira kira ada la 2 liter jugak tertelannye.

Selepas dalam 5 kali gua kena simbah dengan air lopak, keadaan diri gua jadik sangat menyedihkan. TIBA TIBA! motor gua jadik semacam. Dari bunyik dia "Vroom vroom" dia tukar ke "Pehh Pehh Cekelepehhh!"

Motor mati.

"Cilake......."

Gua turun dari motor dan tolak motor. Masa tu gua dah tak rasa seperti rakyat Malaysia. Gua rasa seperti rakyat Myanmar dan juga Indonesia. Baju lencun basah. Safety Boot gua dah macam kolam renang penuh air. Gua gagahkan jugak tolak motor sampai ke Stesen Minyak Shell. Air mencurah curah ke muka dan badan. Sabar gua semakin nipis.

*****

Gua rehat dalam 20 minit kasi hujan reda dan cuba untuk hidupkan balik motor. Cubaan serta cubaan gagal.

"Pukimak lah!!", gua menjerit marah sambil menyepak motor. Tiba tiba kedengaran satu suara menyampuk.

"Bawok2 le bace bismillah sikit kalau yek pon", tegur siput babi yang kebetulan berteduh di stesen minyak Shell juga masa tu.

 Gua jadi segan. Kali kelima belas tu gua cuba start sekali dengan bismillah.

"Bismillahirrahmanirrahim...."

"Vrommm!", Motor gua kembali mengaum. Tapi bunyiknya kurang mantap seperti biasa. Selepas berterima kasih dengan siput babi, gua meneruskan perjalanan ke kolej. Lepas ni memang gua tak nak lagi harung hujan lebat naik motor. Macam cilake seksa dia.

Sekarang ni kat mana gua nak keringkan safety boot ni besok nak kerja lagi? Kalau ada peti ais boleh jugak kasi letak bawah peti ais. Besok mesti kering macam kasut sekolah dulu dulu.


12 comments:

  1. 5 star nyer citer haha!

    ReplyDelete
  2. kahkah. lu memang malang

    ReplyDelete
  3. kena troll satu kali .
    hak hak hak !

    ReplyDelete
  4. plak - (palam pencucuh) aku tak sure org panggil ape sebenarnya. plak motor ko masuk air kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lah kot. kena simbah dgn air

      Delete
  5. Replies
    1. haha aku igt nak wat 2 episod, malas pulak

      Delete
  6. Trimass to pig snail. Nice bro! gudluck mengeringkan safety boot itu. Huhu~

    ReplyDelete
  7. heheh kreatif la citernyer..hahah

    ReplyDelete
  8. kim salam dengan siput tu ye..

    ReplyDelete
  9. kahkahkah . gelak sorang2 aku malam nih . HAHA

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...