BADER INGAT GUA HANTU SHAVER | downgila

Wednesday, October 05, 2011

BADER INGAT GUA HANTU SHAVER


Dulu masa kat sekolah, senior gua pernah cerita pasal satu cerita hantu ni, cerita ni sampai sekarang bila gua dengar gua jadi seram jugak. Cerita dia macam ni, dekat tandas floor gua tu, ada sorang mamat ni bunuh diri. Biasa ah cerita hantu, tak bunuh diri, kena bunuh ke apa apa la yang penting mati dengan cara yang kurang steady.

Satu malam, bila dia (senior gua) nak pergi gosok gigi, dia bawak lah berus gigi, ubat gigi, dan pencuci muka. Bila sampai tandas, senior gua basuh muka pastu dia, basuh muka dia yang penuh dengan sabun tu dia pandang cermin pastu nampak ada la hantu shaver tu tengah gosok gigi guna shaver. Habis mulut berdarah darah la. hah lebih kurang macma tu lah cerita dia.

Nak dijadikan cerita semalam....

Gua balik daripada ngeteh dengan member member gua menselebret senior gua yang dah nak konvo Khamis ni kat Sate Kajang Samuri. Terima Kasih Abg Sufee

Jam menunjukkan tepat jam 12. Gua rilek lagi.

Tiba tiba gua teringat gua baru habis download movie omputeh tajuk Inside Man. Cerita ni macam gampang best. Gua layan gila cerita macam ni. Agak lama cerita dia campur dengan gua rewind rewind lagi ada la dalam 2 jam setengah jugak.

Jam tepat pukul 3 pagi.

Gua pun dah start mamai mamai. Gua pandang bantal gua air liur terus meleleh nak tidor. Cepat cepat gua bangun dari kerusi dan capai alat mandi gua. Kebetulan pulak alat mandi gua kali ni semua warna hijau, dari berus gigi, ubat gigi, shaver, pencuci muka semua warna hijau. Dah tengah tengah mamai, gua capai je apa yang gua rasa selesa dan terus bergerak ke bilik air.

Sampai bilik air, gua basuh muka dan tanpa membilas lagi muka, gua pergi kencing sekejap dekat tandas yang berdiri tu. Tiba tiba ada seorang bader masuk dan terpandang gua.

Gua buat ramah senyum style licik punya senyuman

hehehehehehehe..licik licik

Lepas kencing gua bergerak ke sinki balik. Muka masih putih bersabun, bader tadi sebelah gua sekarang kt sinki..Gua capai ubat gigi, bila nak sapu ubat gigi, tengok tengok gua tersalah bawak, yang gua bawak adalah shaver. Bukan berus gigi. Shaver gua sebijik macam kat atas tu Bader sebelah gua pandang dah semacam.

Gua dah agak segan. Tapi gua tengok muka bader sebelah gua macam penakut aje. Gua pun buat buat nak gosok gigi guna shaver dan pandang dia dengan pandangan tajam.

Dia buat muka takut terus berlari lari anak keluar tandas.

Puk puk puk bunyik dia lari.

"Haha. Bodoh betul. Mana ada hantu sehensem aku ni. Pikir la logik sikit", monolog sendiri...

13 comments:

  1. kalau aku jd mamat tu aku stay situ tengok anda nak buat ka tak . LOLOLOLOL

    ReplyDelete
  2. Nanti aku nak tengok senyuman licik kau tu. Btw, I thought org panggil tu senyuman sinis? Ok la blog kau, kau je betul. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. @Hazwan Kamarudin jhahaha. agak ah, patutnye dia stay. tp kalau dia stay. mati aku

    ReplyDelete
  4. @Lyana M. Senyuman sinis ek? sori.a haha. muet aku dulu band 2

    ReplyDelete
  5. senyuman licik tahap gay.. ahahah.. nasib bek dia lari2 anak jer.. kalau lari2 bapak? hahah.. xD

    ReplyDelete
  6. haha..aku tegelak mcm entri ko!

    ReplyDelete
  7. cuba cakap kat orang tu....
    "nak shave sekali ke dik....."

    ReplyDelete
  8. aku dah agak , kau mesti nak akhiri cerita gampang kau ni dengan konon-kononnya kau seorang yang kool . herghhhh

    ReplyDelete
  9. royalti cupi weh?

    ReplyDelete
  10. hahahah. kat mana aku kena bayar pulak?

    ReplyDelete
  11. wei, inside man tu citer tom cruise ek?

    ReplyDelete
  12. Tak. cite Clive Owen dgn Denzel Washington

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...