Lu Orang Pernah Rasa Megi Dengan Air Sejuk? | downgila

Sunday, October 23, 2011

Lu Orang Pernah Rasa Megi Dengan Air Sejuk?


Hari ni hari Ahad. Mud gua untuk makan di dewan makan adalah sangat nipis. Kulit bawang. Jadi gua terpaksa ikhtiar untuk makan menda lain selain makanan ni Dewan Makan. Bila gua selongkar bilik mencari makanan, yang ada hanyalah Meehun Sup Segera PAMA. Meehun ni memang faveret gua. Sedap sampai gua jadi tak ikhlas bila ada orang nak mintak sebungkus. Kira gua sayang la dengan PAMA ni.

Lain pulak dengan mee maggi yang biasa biasa lu orang beli kat kedai tu. Yang bila makan banyak banyak jadi bingai tu, yang tu gua tak berapa nak berkira kalau orang nak mintak. Tapi PAMA ni memang gua admire, mintak sikit boleh laaa. Tu pun gua ada sikit sikit perasaan tidak ikhlas bila nak bagi

Tapi tadi gua entah berangan apa gua tak tahu. Gua macam tengah kosong. Berfikir tentang masalah apa pun gua tak tahu, Kepala otak gua yang sememangnya ada banyak blank dan sikit sikit formula ni terus jadik kosong. Dengan kacak, gua bawak meehun PAMA gua dalam tupperware, pergi dekat water cooler tu, terus gua letak air sejuk. Air sejuk style kalau letak dalam botol ada wap wap sejuk dia. Memang sejuk betul.

Entah kenapa gua tak perasan. Lepas dah isi cukup2 air, gua berjalan selamba balik bilik dengan keadaan yang masih bingai tak tahu PAMA gua sedang terseksa. Mee segera tidak sukakan air sejuk. Mereka gemarkan air panas.

Bila sampai bilik, gua letak dulu PAMA gua dekat tepi. Layan Twitter dulu dalam 2 minit dalam keadaan yang tidak sabar nak makan PAMA.

2 minit pun berlalu........

Gua bukak slow slow tupperware bekas PAMA gua. bila gua bukak, tidak ada asap asap panas yang keluar. Yang keluar hanyalah...........tidak ada apa apa. Wap panas apa pun tidak ada. Gua terus rasa kuah PAMA guna jari. Serentak dengan itu

"WHAT THE BUNYIK GAMPANG!!!!!"

Notakaki : gua dengar cerita makan megi dengan air sejuk boleh menjadikan efek bodoh hilang sekaligus menjadikan anda kacak dan pandai seperti Dr Rozmey

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...