BAKAT BAKAT GUA | downgila

Sunday, October 02, 2011

BAKAT BAKAT GUA


Perjalanan pulang ke Kuala Lipis gua akan bermula dalam masa 5 minit lagi. Jam menunjukkan pukul 7.55. Seat sebelah gua kosong. Tiada makwe, tiada gay, tiada siapa siapa. Gua bebas kangkang luas luas. Tiba tiba datang seorang makwe kecik omey omey lotey

"Akak duduk sini boleh?", tegur makwe tersebut ramah.

"Ohh sila sila. memang tak ada orang pun", balas gua sambil mengecilkan  sikit bukaan kangkang gua.

Gua pun tak ingat apa ayat mula mula gua cakapkan sebagai pemecah kesunyian. Tapi memang gua borak non stop la masa tu, macam dah 14 tahun kenal.

2 jam selepas tu memang gua duk berborak dengan akak tu. Tapi dalam banyak2 borakan, ada satu soalan je yang memang sampai sekarang gua masih buntu.

"Awak amek course apa ek kat UM?"

"Saya amek Civil Engineering.", jawab gua pantas.

"Apasal awak amek course tu?"

Apasal? Apasal ek? sampai sekarang gua tak tahu nak jawab apa. Kepada adik adik yang belum masuk U, Kita kalau nak pilih course untuk amek masuk U ni memang kena hati-hati. Amek tu kalau boleh kena la dengan minat dengan bakat yang ada. Otak jangan la letak dalam dompet. Nanti bila dah grad buat kerja mula la tak ada jiwa.

Bakat bakat gua yang gua nampak

  • Main game
  • Main gitar
  • Mandi lama lama
  • Makan Zinger burger
  • Hafal lirik lagu.
  • Berborak borak dengan orang yang gua tak kenal pun
  • Buat kawan
  • Cakap lebat
  • Mengumpat
  • Format laptop
  • Lukis kartun
  • Jogging petang petang mata melilau 
  • Berjalan tak ingat Maghrib
  • Ngeteh 
Gua rasa satu pun tak ada kaitan dengan Civil Engineering? Acane nak 3 pointer?

7 comments:

  1. huihh saripah aini suka laki yang ada bakat macam kau ni. habeh lahh kau hahak

    ReplyDelete
  2. dulu aku amik civil engineering.
    duk tengah panas buat mackintosh probe test. eh betul tak eje? ah pedulikan.
    asasi amik law.
    degree aku ingat nak buat english.
    kerja tak fikir lagii. Pawerkan aku?

    ReplyDelete
  3. @adidahzubir Tu bukan power dah. tu legend!

    ReplyDelete
  4. @Ahmad Uzair Aku? Aku kat Kuala Lipis. tp skang kat UM. apasal?

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...