Diari Orang Kebanyakan | downgila

Thursday, January 22, 2015

Diari Orang Kebanyakan

Nah lagu sempena gua tak ada mood hari ni. Sila dengar sambil baca entry ni

Hari ni gua berjaya mencatat sejarah dalam bidang perlesenan semalaysia kerana gua berjaya lulus ujian JPJ untuk lesen motor. Kah kah kah, Jangan terkejut gua baru ada lesen motor. Selain daripada tu, tak banyak benda gua buat. Opis pun gua tak masuk hari ni.

Masuk hari ni dah 4 hari gua tak makan nasik. Tangan pun dah bergetar-getar. Jadi tengah hari gua makan dekat area Pantai Dalam tu. Ikan pari bakar dengan nasi campur sayur baru RM5. Nakharam power. Lepas tu gua jalan kaki turun bukit pergi ke tapak motor gua parking. Jauh juga kena berjalan. Nak tahan teksi, rasa macam tak 'indie' pula. Letih sekali-sekala apa salahnya. Apa pun nasib baik badan gua 'fit' sikit hari ni.

Sampai ke tapak motor gua lepak, gua tengok motor gua tak berubah. Lega. Gua cucuk kunci dah cuba start. Celaka. Tak boleh juga.

Gua start lagi. Tak boleh juga. Jadi gua ambil keputusan untuk periksa apa yang patut. Mula-mula gua ketuk sikit kepala motor tu kasi cergas sikit. Kemudian gua buka kabel palam pencucuh dan tiup sambil baca apa-apa yang patut dan ada bunyi agama-agama sikit. Seterusnya gua tepuk-tepuk bateri kasi bergegar sikit. Selesai semua, gua pasang balik komponen-komponen yang terlibat iaitu sistem penghidup dan sistem kemasukan udara dan bahan api. Sebelum gua cuba start, gua goncang sikit motor gua.

Gua cuba start.

"Ada gaya, ada gaya..." kata hati gua.

Bunyi macam nak hidup tu dah ada. Tapi tak hidup juga.

Tiba-tiba gua teringat sesuatu. Gua baca Bismillah. Kemudian gua start motor gua.

Prengg...prengg....!!!

Alhamdulillah.

Gua naik motor dan terus balik rumah. Hari ni tak tahu la. Rasa macam takde 'mood' nak pergi jogging. Hari pun hujan ni.

5 comments:

  1. Tahniah bro .
    Rock n ride nohh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weh lama x dgr cerita

      Delete
    2. Sihat je bro .
      Kau pun sejak jadi engineer berjaya ni dah jarang post sini .
      Still kat kl lg ke ?

      Delete
    3. haha tak ada masa.. haah dekat KL la aku sampai tua

      Delete
  2. hahaha .
    btw tahniah coz almost success .
    all the best bro !

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...