Makan Pagi | downgila

Wednesday, January 14, 2015

Makan Pagi

Sekarang sebelum gua pergi kerja, gua biasa akan singgah dekat depan stesen Universiti tu membeli breakfast. Ada la dalam 5-6 warung-warung dekat situ. 70% jual nasik lemak. Minggu lepas straight Isnin-Jumaat gua pekena nasik lemak pagi-pagi.

Nasik lemak ni secara saintifiknya bagus. Sebab apa bagus gua tak tau la tapi macam bagus je. Secara domestiknya dia tak bagus sebab dalam area-area pukul 10 tu gua akan jadi mengantuk babi. Kadang-kadang tengah berborak dengan bos pun boleh menguap.

Tapi disebabkan gua orang melayu, gua kena la sapot makanan melayu ni. Nak harapkan makwe-makwe urban sekarang mana boleh. Semua nak breakfast 'French Toast' dengan kopi. Tapi gua masih lagi pegang ungkapan makcik kantin gua semasa di sekolah rendah. "Takkan nasi lemak hilang di dunia."

full english breakfast

Gua tak pernah lagi pekena sarapan pagi macam ni. Entah halal ke dak. Takpe laa, nanti gua dah senang pakai Mercedes nanti, gua mesti cuba satu kali.

9 comments:

  1. haha,saye pown xberape faham. Breakfast style org puteh mmg x sesuai org yg kuat makan cam saye. x kenyang!!!haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOI KOSMET! APA CERITA? AHAHHAHA KAT MANA YG TAK PAHAM? HAHAHHA

      Delete
  2. Mercedes kottt.. untunglaaaaa.. huhu~

    ReplyDelete
  3. Majulah nasi lemak untuk Malaysia dan AzAz!!!

    ReplyDelete
  4. gua paling paling omputeh gua mushroom sup dgn roti bakar :3
    tpi nasi lemak mmg power .

    ReplyDelete
  5. gua masih hadap nasi lemak.

    susah nak tinggal.

    ReplyDelete
  6. helllllo helllloo.. ada orang tak ni? :P lama tak melawat lah weyh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. syasya mana ni, Syasya ELite ke

      Delete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...