Alasan | downgila

Wednesday, September 12, 2012

Alasan

Selain seluar trek longgar, seluar adidas Downtown koyak kat kangkang, gua ada beberapa lagi seluar untuk kekelas.

Ada seluar jeans Uptown. Beli masa hari nak raya 3 tahun lepas. Seluar jeans tu lah yang gua pakai hari hari. Sekarang seluar jeans gua koyak rabak terutama di bahagian lutut. Sebabnya eksiden makan divider jalan dengan Sarawak itu hari, lepas tu gua saja koyakkan lagi nak nampak macam komando komando.

Seluar khakis hitam pulak koyak jugak dekat lutut. Sebabnya gua eksiden masa hari hujan memanjang tempoh hari. tapi koyak sikit je. tapi lagi, dia koyak betul betul kat lutut, nampak sangat koyaknye.

Seluar yang warna coklat ni pulak pinggang size 34 bapak besar nak mampus pinggang gua size 30 sahaje. Bila pakai rasa macam nak pergi beranak emergency. Tak sesuai remaja berwawasan seperti gua memakai seluar yang longgar nokhariak. Nampak seperti warga Vietnam pula.

Jadi, yang tinggal hanya seluar slek licin yang gua beli untuk pergi dinner kolej 4 bulan lepas. Takkan gua pakai baju gambar tengkorak seluar slek licin? Pikir la oi. Duit pulak tengah takde ni.

****

Boleh la kot gua forward entry ni kat emel lecturer gua bagi alasan apasal gua masih kat bilik bawah kipas speed 3 sedangkan kelas start pukul 9 tadi.

Notakaki : Entry ni memang betul weh. Gua tak ada seluar sekarang. Seluar tak penting, yang penting 'honest'

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...