Orang Besar | downgila

Tuesday, March 06, 2012

Orang Besar

cuban cigar

Masa tu gua masih dekat office, company gua masa ni nak buka tawaran untuk budak budak universiti buat praktikal dekat kompeni gua. Gua sebagai CEO Syarikat Ibrahim Binokular Sdn Bhd menyelak sehelai demi sehelai 'resume' para pelajar. Punya la banyak, gua sampai tertidor. Ayat jenis semua main copy paste.

Dalam 30 minit gua tidor, PA gua, Charlotte, mengetuk pintu meminta kebenaran masuk. Gua terjaga. Ketika itu pandangan gua agak kabur dan 'noise'. Badan pula menjadi sakit sakit sakit akibat tidur di atas kerusi panjang yang sebenarnya gua lagi panjang.

Gua capai kotak cigar gua, dan bawa keluar cigar yang diimport dari Cuba sebatang. Gua bakar. Nyalaan gua ternyata memuaskan. Gua senyum sendiri dan asap keluar ikut hidung serta celah gigi. Kalau budak-budak sekolah buat macam ni depan gua, gua lempang terus tak banyak cakap.

Keh keh keh. Gua senyum sendiri lagi sekali bila terbayang budak yang kena lempang tu tercampak kena ampaian belakang rumah sambil asap serentak keluar ikut mulut dan hidung tak sempat nak hembus.

Gua geleng kepala.

****

OK. Good Job. Cukup berangan. Sekarang baik gua siapkan hal hal resume gua ni nak hantar kat Syarikat syarikat. Ada siapa siapa nak amek gua kerja?

14 comments:

  1. cilakak ofis lu kat mane

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni ofis gua kat damansara. dekat dekat dengan kilang pampers.

      Delete
  2. Fak! at least kasi panjang la citer woih!! gua blom klimaks lagi baca citer lu. Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. gua kalau berangan sekejap je

      Delete
  3. hahah wa pun tgh cari kerja la.

    ReplyDelete
  4. silaka .
    tak macam yes² aje ade company .
    hahaha !
    gi anta resume tu cepat .

    ReplyDelete
  5. gua mohon lu join rosyam nor berlakon. berkhayal serupa syaitan

    ReplyDelete
  6. Good job.. memang sedap berangan. Hahaha..

    ReplyDelete
  7. teringin pulak nak merasa cerut cuba tuhh.
    adehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. makwe2 mana boleh hisap cigar. hahaha

      Delete
    2. kfine. berangan je lahh.
      boleh join hang berlakon ngan rosyam nor.
      bak kata abam zam.
      harharhar

      Delete
  8. Lu jgn dgr sgt abg zam tu. bukan boleh caya sgt. haha

    ReplyDelete
  9. jadi blogger sepenuh masa je la.

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...