Bermanja Dengan Adik | downgila

Tuesday, February 28, 2012

Bermanja Dengan Adik



Baru baru ni cuti gua ambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman sekejap sebab rindu pulak dekat mak ayah di rumah. Gua balik hari Jumaat tempoh hari. Sampai rumah mak gua dah masak sedap sedap. Ini la yang gua suka duduk rumah. Takdelah kebulur macam dekat kolumpo.

Selain makan sedap, ada satu perkara yang  jarang jarang berlaku terjadi pada gua, gua ada pergi keluar dengan adik pergi mengeteh. Adik gua yang laki ni perangai dia bugima sikit. Ni dia tiba tiba baik dengan gua ni ada la apa yang dia nak ni. Tak baju gua, duit.

Petang tu kita orang gerak pergi kedai kopi dekat dekat rumah, dengan harapan bapak gua tak ada kat situ main dam. Sampai situ Alhamdulillah Encik ayah tiada. Gua order air teh halia. Adik gua order horlick ais.

"Budak budak....", monolog gua sendirian apabila mendengar adik gua minum air ada ais.

****

Seminit lepas tu, air sampai, atas meja pula ada letak roti krim, gua sambar terus. Kelmarin gua ada pekena teh dengan dekat Pekeliling sementara tunggu bas. Gua makan roti krim juga. Ada jodoh ni. Tapi tengah gua ralit borak dengan adik gua pasal apa dia nak jadi tak habis habis merempit, krim jatuh dari roti gua. Jatuh ngam ngam tepi gelas teh gua.

"Rugi, rugi..." adik gua geleng kepala..

Gua terdiam. Masa tu fikir keluarga je. Kalau tidak, memang gua dah lempang adik gua itu jam juga.

11 comments:

  1. hahaha.rugi rugi.
    apa ke hal la kau ni bro

    ReplyDelete
  2. dia nak pinjam duit ke hape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak ah.dia mintak selipar fipper tu

      Delete
  3. kahkahkah
    gua baca tajuk, bermanja dengan adik. ada gambar tangan pulak

    celaka. gua ingat lu buat entri melancap

    KAHKAHKAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahi. lu otak kuning abg zam!

      Delete
    2. Komen Abg Zam memang epikkk!!
      Woohooo~
      xD

      Delete
  4. Ape kaitan gambar yg lu post ni Ajewan? gua siap pusing2 kepala nak baca tulisan dalam gambar tuh. Peh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tu tangan, nak lmpang adik gua. wooooiiii !!

      Delete
  5. Kah3. Oww, nak lempang adik lu rupanya. Adik lu? ker 'adik' lu seperti yg dimention Abg Zam diatas? mihmihmihmih.

    ReplyDelete
  6. Hahaha, tajuk boleh bikin lain makna..

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...