Pengalaman Membasuh Baju Part 2 | downgila

Thursday, February 02, 2012

Pengalaman Membasuh Baju Part 2


Selesai memandang makhluk bermata tiga tersebut, sepemeluk baju kotor tadi gua masukkan ke dalam mesin basuh. Kemudian gua masukkan tiga keping syiling lima puluh sen dan mengisi serbuk pencuci sehingga ke paras wangi yang maksimum. Selesai sudah, gua tutup mesin basuh dan jam di pemasa telah tetapkan pada kadar 69 minit. Mesin basuh gua mula beroperasi rancak seperti show KRU. Bunyinya juga agak garang. Sesuai sekali dengan nama timangannya, Syed Ahmad.

'Blerghhhh...burrrr pssttts ttttssss buff buff buff blerrrr'

***

Masa berlalu begitu pantas. Lepas dua tiga kali berulang alik mesin basuh-bilik, mesin basuh-bilik, akhirnya baju gua dah siap 'spin'. Kini tiba masanya untuk gua pergi menyidai baju. Sebelum ke mesin basuh, gua capai mana-mana hanger yang tak ada kerja di tempat sangkut baju dalam bilik gua. Sengaja gua ambil banyak. Tapi sebenarnya ada 1-2 je hanger gua, yang lebih semua lelaki taiping punya.


Walaupun banyak, gua masih tak tahulah cukup ke tak cukup. Kalau tak cukup maknanya gua kena patah balik ambil lagi. Leceh juga dua kali kerja ni. Masa tu fikiran gua melayang teringatkan tiang besi ampaian belakang rumah gua di kampung. Ampaian tu tak payah pakai hanger. Bentang saja baju luas luas, sidai atas dawai.

Gua terdiam merenung batang penyapu di satu sudut penjuru bilik.

Sehelai demi sehelai baju gua hanger-kan dan sangkut pada batang penyapu. Boleh tahan juga padat baju gua pada batang itu. Jarak kelegaannya boleh dikatakan agak nipis. Mungkin dalam lingkungan 0.5 sentimeter.

Nak dijadikan cerita, hanger tinggal lagi sebatang. Gua mula berdebar dan dihujani persoalan sendiri yang menyebabkan benak gua buntu. Itu jam tanpa membuang masa, gua jenguk kepala ke tempat dalam baldi dan tarik baki baju dalam tu.

"Peh...!!! Ngam ngam!" jerit gua girang dan berseluar bola.

Gua nampak brader Palapes aras bawah intai gua dari celah pintu macam tak puas hati. Macam nak hantar hantu hanger.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...