Cheese Nan Scene Report II | downgila

Saturday, February 18, 2012

Cheese Nan Scene Report II

cheese nan RSMY house of real briyani
Tarikh : 17 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 11.00 malam
Tempat : RSMY House Of Real Briyani, Jalan Medan Tuanku, KL
Kedatangan : Gua, Lelaki Taiping, Salak, Sarawak, Cina, Hazim, Sham, Kechik, Wawa, Ayed, Megat, Asyraf Muiz, Aro, Aspau, Ainaa, Zaf, Pika, Akif, Emma Bananina

Scene Cheese Nan yang berlangsung pada hujung minggu ni akan dikendalikan oleh hos yang tidak asing lagi, saudara Asyraf Muiz menggantikan Saudara Ahmad Syahmi yang tidak dapat hadir pada malam itu.

Scene Cheese Nan Kolumpo yang dah masuk belas belas kali ini menampilkan perubahan yang drastik berbanding 2 3 bulan sebelum ini. Biasanya yang hadir hanyalah 4-5 orang. Paling ramai pun 6 orang. Tapi kali ini, scene ini telah disertai oleh lebih dari 15 orang. Satu pencapaian yang membanggakan.

Bagi tempat pula, kami telah memilih untuk pergi ke RSMY untuk bekalan stuff kerana menurut majoriti kutu kutu ni, stuff di RSMY lagi sedap daripada Stevens di Setapak. Sarawak telah men-describe cheese nan RSMY sebagai

"Sesuatu yang 'rare' dan jarang dapat dinikmati di negara kita dan negara teluk." 

Antara kutu baru yang berjaya ditarik masuk kedalam arena Cheese Nan yang sempat gua temubual adalah saudara Aspau. Beliau masih lagi terkejut dengan kuantiti cheese yang diletakkan di dalam Roti Nan sehingga ke pagi ini.

"Selamat lah aku tak order dua", jelas Aspau ringkas.

Sekali lagi, gua berharap scene Cheese Nan Kolumpo akan berkembang  dan terus berkembang. Lain kali, kita bawak 40 orang datang makan. Biar berpeluh2 dada ane tu nak siapkan order.

Sekian, Cheese Nan In My Blood !

Lampiran 


cheese nan RSMY house of real briyani

cheese nan RSMY house of real briyani

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...