Pengalaman Membasuh Baju Part 1 | downgila

Wednesday, February 01, 2012

Pengalaman Membasuh Baju Part 1

Kedai dobi mana yang hantar kau syaiton??

Pada satu hari yang nyaman, gua tengok tempat sangkut baju gua dah tak berapa ada banyak baju. Yang tinggal hanya baju melayu, baju kemeja, singlet Nike RM10 beli masa FESKUM, tali pinggang dan baju orang datang tertinggal lepas tu tak reti nak ambil semula. Hati gua jadi berbelah bahagi. Nak buat tatu satu badan, takut berdosa. Dalam masa yang sama, kipas berpusing pada kelajuan 5 menyebabkan mata gua tidak boleh dibuka dengan begitu baik.

"Tak boleh jadi ni..." kata gua dalam hati.

Gua kutip baju kotor lebih kurang sepemeluk dalam loker dan bergegas ke mesin basuh di depan Blok C. Setibanya di mesin basuh, kelihatan seorang lelaki bermata satu sedang berdiri di atas mesin basuh yang gua rembat bawa dari kampung tahun lepas. Tubuh yang besar di atas mesin basuh yang lemah. Serta-merta gua menjadi berang.


"Ceh... Pergi kau dari sini, lelaki mata satu!" maki gua kepada lelaki yang mempunyai wajah mirip Afdlin Shauki itu.

Lelaki itu buat tak tahu sambil mencungkil plak pada gigi. Tindakan yang kurang bijak. Sepantas helang merah  gua menyambar leher lelaki itu dan mencekiknya dengan sangat kuat. Lelaki itu hilang keseimbangan lalu terjerumus ke dalam pasir jerlus bersebelahan dengan mesin basuh. Entah dari mana datang pasir tu pun gua tak tahu. Walaubagaimana pun leher lelaki itu masih kemas di tangan gua.

"Kedai dobi mana yang hantar kau ke sini???" jerit gua di tepi telinga lelaki bermata satu itu.

Pasir jerlus nampaknya sudah menelan sehingga ke paras pinggangnya. Wajahnya mula cemas cemas Fadhuli tetapi masih berkeras tidak mahu menjawab.

"Baik kau cakap. Kedai dobi mana yang hantar kau ke sini???" gua mengulangi pertanyaan dengan lebih tegas seraya mencekik lehernya setingkat lebih keras.

"Kedai Dobi Al Masnawi..." jawab lelaki itu dengan suara tersekat-sekat.

"Bumiputera?" tanya gua lagi.

Lelaki bermata satu itu mengangguk perlahan. Gua senyum berpuas hati.

Tidak lama, sayup-sayup kedengaran suara lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dari dalam pasir jerlus.

"Tiada tuhan lain yang disembah Allah dan tangga dan usaha itu jugalah tangga kejayaan..."

Gua menggeleng kepala sambil beristighfar panjang.

Bersambung....

6 comments:

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...