Tak Macam Holiday Orang Lain | downgila

Sunday, April 08, 2012

Tak Macam Holiday Orang Lain

downgila superhero celaka

Pagi gua masa tu dikejutkan oleh suara mak gua, bukan alarm henpon seperti biasa.

"Hah bangun Suboh ni dah pukul 7 dah! Suboh gajoh ke mende aok nak semayang ni?? Bangun!"

Disebabkan mak gua bukan alarm henpon, gua tidak boleh sesuka hati "snooze". Gua bangun. Menggeliat bukan main badan sengal sengal lagi bawak beg balik semalam. Gua balik Kuala Lipis cuti mid semester seminggu. Lepas subuh gua sambung balik tidor.

Gua bangun balik pukul 10 gitu. Terus bergegas ke dapur. Bukak tudung saji angan angan nak makan pagi. Celaka nasik dah habis kena bedal dengan siapa ni gua lapar!

Tidak mengapa, gua bergerak balik ke bilik nak pasang laptop. Hati hati gua keluarkan laptop. Siap setting semua tiba tiba gua perasan sesuatu. Adapter laptop gua tertinggal kat UM. Celaka.....gua nak buat apa nganga seminggu kat rumah tanpa laptop gua? Macam mana gua nak tengok cerita cerita lucu dan tidak lucu yang baru habis di download tempoh hari?

Tidak mengapa, gua boleh online guna komputer rumah. Lantas gua membukak komputer sambil tangan memegang biskut cap ping pong sekeping. Celaka ..... komputer rumah pulak tak ada internet akak gua tak bayar lagi bil bulan lepas.

Tidak mengapa, disebabkan tiada laptop dan internet, gua bergerak membaca surat khabar, bukak page belakang, hah! ada berita pasal Liverpool. Gua baca tajuk besar "Liverpool Kalah Buat Kali Ke-11" .Celaka.....kalah lagi? Gua dah penat buat buat sokong Liverpool ni. Dengan kelab besar boleh menang bila dengan team ayam tak boleh pulak menang. Jenis bodoh. Baik gua sokong Polis lepas ni.

Tapi tidak mengapa, gua bukak page tengah, hah! ada berita pasal Liyana Jasmay. Lawa betul Liyana Jasmay ni. Pandang sekali lawa, pandang 2 3 4 kali pun still sama lawa. Tutup surat khabar bukak balik pun lawa juga. Bila gua baca tajuk..Celaka ..... berita Liyana Jasmay bertunang dengan mamat ni nama  Fathuddin Mazlan. Gua terus hilang feel nak baca surat khabar.

****

"Oi! mana bahagian tengah paper hari ni pasal Liyana Jasmay tu? Siapa ambik?!", jerit adik gua sampai kebilik gua kedengaran suara beliau yang tak berapa merdu tu.

Gua dalam bilik rilek goyang kaki berpuas hati dengan 'art' gua. Dekat pintu blik gua ada keratan surat khabar yang sudah gua conteng. ada gambar Liyana Jasmay. Sebelah tu ada gambar si  Fathuddin Mazlan, dekat mata, gua bagi bulu kening tebal sikit. Hidung gua buat bulat merah besar besar jadi macam badut. Mata kasi juling kaw punya. Lepas tu ada air liur meleleh dekat mulut. Ada sikit sikit tulisan Jepun.

Gua tersenyum sendiri. Cantik betul 'poster' baru ni.





Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...