Meleis Bangsaku | downgila

Monday, May 06, 2013

Meleis Bangsaku

meleis makwe comel

Sebenarnya gua kurang paham jenis yang suka panggil member sebangsa sendiri Meleis. 'Meleis' ni gua tak tau la asal mana, entah genius mana yang start guna. Maksud dia macam kalau melayu tu perangai dia macam teruk, buat menda tak elok, dia meleis la.

Jangan la macam tu kawan. Tak sedap la panggil rakan sebangsa dengan panggilan 'meleis' tu. Apa yang menyebabkan kau rasa kau adalah melayu yang standard tinggi sikit? Sebab kau ada ijazah dari UM? Sebab sekarang rambut kau kaler kuning? Tak macam 'meleis' lain rambut hitam. Sebab kau minum kopi dekat Setarbak? Tak macam 'meleis' lain minum kat mapley je.

Dah la tu yek. Nasihat ikhlas ni dari gua berhenti la panggil kawan kawan lain dengan panggilan Meleis tu. Pernah ke kau nampak Cina mana mana panggil cina lain Cineis ke apa ke? Kalau diorang teruk, panggil la 'bingai' ke, 'kutu' ke 'lembu, ke. Sedap sikit dengor. Contoh macam. Ish kau ni hari hari merempit perangai serupa lembu. Kah kah kah.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...