Serba Tak Kena | downgila

Thursday, May 30, 2013

Serba Tak Kena

angry man pushing kill woman

Pening la kepala. Pening..... Dengan orang asing dalam bilik ni tak reti reti nak bangun tido menambahkan kepalatan hidup aku. Aku keluar kelas pagi tengah tidor. Balik tengah hari, tidor, keluar balik petang tidor. Malam bangun main pesbuk. Lepas tu apa cerita skype lama lama 2 3jam, pastu tetiba gelak kuat kuat, pastu lagi duk buat-buat slang orang Scotland? Babi.

Mak aku suruh balik rumah minggu ni sebab akak long nak belanja bawak jalan jalan ke Cherating. Aku dah eksaited gila babi nak balik. Thesis dah setel, itu projek design hospital dah setel. Aku baru ingat nak berehat sekejap sehari dua, buat lawa pekena pakai 'sunglass' gedabak sambil kaki lunjur tepi pantai tengok makwe main bola tampar. Lecturer ni pulak tak habis habis nak buat kelas ganti. Dah kalau masa dalam jadual tu hari Isnin, 3 jam kelas, buat je lah haritu. Yang kau memandai-mandai ikut suka hati je nak buat kelas sejam hari Isnin sejam Jumaat sejam Rabu tak jadi lah brader.

Kalau sekali dua takpa la, ni dah setiap minggu nak buat macam tu sakit la juga. Orang lain ada masalah. Tahu tak dah berapa lama aku tak balik jumpa mak ayah aku ni?? Aku hati keras ni pun reti jugak rindu kampung halaman jumpa mak ayah dengan anak sedara la woi. Belum kerja lagi silap silap kena cop anak derhaka nanti.

Dah la baik aku tidor.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...