Emak | downgila

Thursday, May 31, 2012

Emak

Tringggg trung....tringggg trunnggggg....

Bunyi nada dering "Tin Can" henpon gua berbunyi. Masa tu pukul 4.30. Gua baru balik dari seminar Green Card. Gua tak tengok pun henpon gua masa tu. Punya la sedap gila tidur tak pakai baju bawah kipas. Dalam dua kali berbunyi, gua buat tak layan lagi. Mungkin Bangi yang telefon, mungkin makwe mana mana. Gua bukan ramai sangat orang nak kontek. Gua biarkan.

Dalam pukul 7.15 gua terjaga.Gua capai henpon yang berada sipi sipi di bucu katil. Sikit lagi kena sentuh memang jatuh keatas lantai.

"2 Missed Calls"

Rupanya tadi mak gua yang telefon. Gua cepat cepat call balik. Mak gua tak angkat. Mungkin sedang sibuk berborak dengan Anjang Tipah depan rumah.

Dalam pukul 8 gua telefon sekali lagi.

"Assalamualaikum mak, hah, mak buat apa?"

"Waalaikummussalam. Baru je lepas solat ni hah nak tengok berita pulak. Abang dah makan?"

"Dah. Tadi baru makan", sebenarnya gua tak makan lagi. Terlepas makan di dewan makan tadi petang. "Mak sehat tak?"

"Sehat. Mak Ayah sehat. Abang sehat tak? Suara macam tak tak sehat je?"

"Sehat. Cuma ada stress sikit", jawab gua yang sebenarnya kurang sehat sebab asyik bdenyut denyut kepala pening. Nak cakap tak 'exercise' tiap tiap petang gua pergi jogging.

"Duit ada lagi tak?"

"Ada ada. tak payah risau."

*****

"Ok la mak, kirim salam kat ayah semua eh. Assalamualaikum"

"Waalaikummusalam"

Gua tekan butang letak. Sekarang gua harap RM17 ni sempat la tahan untuk 2 minggu lagi.

Notakaki: Lu orang dah telefon mak ayah belum hari ni? Tak guna henpon mahal mahal, makwe cantik gila babi, pointer tinggi, baju mahal beli kat topshop, kasut futsal harga 6 juta, gitar jenama Gibson kalau telefon mak seminggu sekali, tu pun sebab nak suruh mak masukkan duit.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...