Budak Budak Sekarang Dan Televisyen | downgila

Friday, June 01, 2012

Budak Budak Sekarang Dan Televisyen

downgila gamep01nt televisyen pancut

Siaran televisyen yang wujud masa aku kecik seingat aku ada 3 je. TV1, TV2 dan TV3. TV1 dengan TV2 kau tak payah tanyalah. Memang tak berubah sampai sekarang. Gambar semua macam gampang tengok jadik tak ada mood troih. Baca berita macam tak ikhlas. Paling hebat masa itu TV3. Ada dia punya warna warni sikit. Lagi lagi bila sampai segmen Alam Ria Cuti Sekolah. Cerita apa yang keluar pun tengok aje. Paham tak paham belakang cerita. Yang penting tengok TV. Dah itu aje yang ada.

Tapi masa tu, di Kuala Lipis, TV3 kalau nak terang kena pasang satu barang tambahan. Kalau tidak, tak merasa nak tengok Muzik Muzik bersama Azwan Ali. Kalau satu barang tambahan tu tak ada, terpaksa la duduk rumah baca buku. 3 penyiasat ke, 5 penyiasat ke, Ujang, Gila Gila, siri bercakap dengan jin ke dan sebagainya

Tapi sekarang siaran TV dah berdozen dozen. Bukak TV tudia ada 54672 juta channel. Dari yang pakai baju sampai tak pakai baju. Kalau tak cukup boleh bukak  internet tengok Youtube.

Tapi sampai macam tu pun ada lagi budak budak sekarang komplen "BOSAN TV TAK ADE CERITA". Kebangangan? johan naib juara super spontan, keputusan akhir super spontan, pemenang super spontan, super spontan, zizan, zizan juara super spontan


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...