Kena Troll | downgila

Wednesday, June 20, 2012

Kena Troll

downgila down gamep01nt sedih pancut dalam telinga

Tadi masa gua main dengan anak sedara, budak kecik tu asyik menangis. Nak tangan kang kecik lagi. Umur baru 5-6 bulan. Gua letak dia meniarap, menangis, angkat menangis, aucak aucak menangis. Panas juga hati. Adik gua kabor dia tak biasa tengok muka gua yang kacak ni sebab jarang balik rumah. Ada logiknya kat situ.

Masa gua baringkan budak kecik tu atas tilam dia, akak gua datang. Cuti MC harini suara dia hilang. Serak serak basah jadiknya.

(Suara serak) "Kau nak kasi budak tu cepat kenal kau bang, kau buat buat jelir sikit lidah tu. Kalau dia balas balik, dia kenal kau la tu", katanya.

"Hah mana pulak kau dapat fakta ni?", tanya gua musykil.

"Nona..."

Gua pun jelirkan la lidah mengikut saranan akak. Jelir sekali, dia tak jelir balik, jelir padu, jelir sikit, jelir banyak, jelir High Definition, jelir konsisten. Tak jugak budak kecik tu jelir balik. Dia buat muka pelik adalah.

Tiba tiba,

"HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH!!", akak gua gelak turbo

"Kau jelir??? KAH KAH KAH KAH KAH KAHH!! Kau jelir??? KAHAHAHAHHHHAHAHHAHA!!!", lagi sekali dia gelak.

WACHAAA!!!
Meja yang berdekatan terus gua karate terbelah dua.

Masa tu baru gua sedar gua dah serupa menatang apa dah ni duk terjelir-jelir daripada tadi.

"ANAK HARAM PUNYA NONA!!!"


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...