Pasar Malam | downgila

Wednesday, June 13, 2012

Pasar Malam

pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster

Sekarang tengah musim peperiksaan, tak ada masa betul nak menulis. Jiwa memberontak juga nak menulis tapi takkan gua nak cerita pasal simen, besi, macam mana nak kira besi mana nak pakai, batu mana sesuai buat rumah, batu mana sesuai pelangkong muka budak budak PASUM yang rambut serupa Sasuke, dekat sini? Ye dok?

Jadi gua ingat lepas habis peperiksaan ni gua nak berjinak jinak balik dengan scene pasar malam la. Menulis pasal makanan macam best juga. Yelah bulan puasa dah nak hampir tiba ni. Elok juga gua riki dulu mana pasar malam yang padu, takde lah nanti masa bulan puasa minum air kosong aje sebab tak tau kat mana pasar malam. Lain la lu orang puasa dekat rumah tunggu mak yang masak. Gua cuti ni ada praktikal pulak. Puasa sorang sorang dekat sini la gayanya. Berbuka pun tenung seluar dalam.

Bercakap pasal Pasar Malam, Itu hari gua ada turun pasar malam dekat sebelah Petronas tu, depan sikit dari cakoi Akak Cantik. Gua tengok 'scene' kuih talam dengan lemang jagung boleh tahan lagi aktif. Tapi line-up yang awal-awal dulu dah ramai yang tak ada. Mungkin dengan pertumbuhan pesat scene burger bakar, semua kuih muih dilupakan. Ini semua agenda barat, Yahudi, Syiah, supaya kita rakyat Malaysia melupakan tinggalan nenek moyang. Gua rasa kerajaan patut ambil berat hal ni. Tak patut kita sebagai orang melayu melupakan kuih muih tapi lebih meminati burger bakar. 'Scene' yang kecil ni harus dipertahankan bersama. Jangan sampai bila dah tak ada gigi nanti, baru terkial-kial cari kuih talam sama kuih koci.

pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster
pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster
pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster
pasar malam bazar ramadhan seksyen 17 poster



gambar gua cilok dari sini. Sekian

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...