Keluar Malam | downgila

Wednesday, June 06, 2012

Keluar Malam

downgila pancut dalam telinga hisap rokok jenis jenis perokok bahaya merokok smoking dangerous azwan mat datar naseha uyaina

Abang gua mula pandai keluar malam sejak habis darjah 6. Cuti sekolah. Masa itu dia keluar dekat dekat. Tak depan rumah Amus, habis kuat pun lepak terowong dekat taman permainan. Balik pun tak lambat. Dalam pukul 10, 10 lebih sikit. Itu pun tak selalu. Kalau ada Honey I Shrunk The Kid, tak keluar.

Masuk line tingkatan, dia dah advance sikit. Dah pandai kayuh basikal pergi minum dekat warung burger abang Man. Tapi tak lambat balik. 10 atau 10 lebih sikit.

Tingkatan besar sikit, abang gua lebih komited. Dah tak pandang sangat siaran televisyen waktu perdana. Dia curi curi pakai motor ayah, pergi lepak batu 2 tak pun kedai makan Banjo dekat Padang Tengku. Apa barang lepak kedai makan tapi minum saja. Rokok mesti hisap. Tapi bukan dia la, kawan kawan dia. Abang gua tak hisap rokok. Lepas tu berjinak jinak pula dengan pomen motor. Balik pun tak lewat sangat kononnya.

Habis sekolah, abang gua lebih menganaktirikan rumah. Keluar lepas maghrib, balik sampai 3-4 pagi. Ada sesetengah kes, orang azan subuh baru balik. Entah benda yang dicari.

Sampai sekarang dia dah sebati dengan keluar malam. Kalau mula mula dulu, balik rumah pukul 10. tapi lepas tu, pukul 11-12 baru nak keluar. Kadang kadang habis Cerekerama baru keluar.

Tapi sejak dia kawen tahun lepas, berubah betul abang gua. Baik gila. Tak pernah pernah telepon gua tanya bila exam start tup tup telepon tanya. Gua jadi kekok pun ada berborak dengan abang. Selalu berborak dengan akak aje.

Hari ini gua tengok adik gua yang tak habis sekolah lagi ni dah pandai merayau keluar malam, lepak minum kat kedai macam orang tua dengan asap rokok pung pang pung pang, memekak main gitar depan kedai orang, senyap senyap curi kunci motor rewang sana sini. Geram juga gua tengok. Entah siapa yang mengajar..


11 comments:

  1. lol! abg lu lar!!!!!!!!!!! xddd

    ReplyDelete
  2. Ini namanya maju ke hadapan. Keh3. Lu plak macam mana? takkan banding abg dgn adik lu jer. :D

    ReplyDelete
  3. remaja baru nak rasa sorga dunia.

    ReplyDelete
  4. melakukan aktiviti² sebegitu mungkin menampakkan diri beliau seperti abang² .

    ReplyDelete
  5. dia baru nak meningkat remaja.
    p/s: honey i shrunk the kids tu mmg best

    ReplyDelete
  6. sblm kawen kne enjoy hbs-hbsan knal dunia betul2.dh kawen bru senang nk jaga ank2 n bini2..

    ReplyDelete
  7. Hebat gila abang lu tak hisap rokok.. jadi takde sebab lu nak hisap rokok la kan? Bila lu tak hisap rokok jadi takde sebab untuk adik lu nak hisap rokok kan? Lu nampak tak pengaruh seorang yang bernama abang kat sini?

    ReplyDelete
  8. biasanya terpengaruh dgn member aa.. :)

    ReplyDelete
  9. merokok membahayakan kesihatan

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...