MEMORI | downgila

Friday, December 23, 2011

MEMORI


Tahun 2002. Gua pergi satu kedai kaset dekat Lipis angkat kaset band ni. Amek masa berbulan bulan gua simpan duit belanja sekola gua hari hari. Harga dia masa tu RM 12.60. Masa gua angkat tu, tauke kedai kaset tu nyanyi lagu cina apa tah. Gua ingat lagi. Celaka.

Balik rumah, gua layan kaset band ni sambil potong manila kad. Konon buat blok baju band ni. Celaka. Hari sabtu pergi bandar muka berlagak pakai baju tulis Slipknot garisan atas bawah. Masa tu kat Lipis gua sorang je ada kaset Slipknot. Member member semua layan Tomok yang masa tu suara masih sengau gila. Tak sedap langsung.

Pernah sekali gua dengan abang gua jalan jalan bawa kereta layan kaset band ni. Peh... Makan jalan. Lagi sikit nak langgar lori balak.

Masalahnya sekarang mana gua simpan kaset tu sekarang. Kalau jumpa gua nak tukar dia punya span. Habis exam nanti gua balik rumah cari. Lagi satu macam mana band band macam ni tak pernah nak buat konsert live dekat Bukit Jalil?

*****

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...