Hal Ehwal Bertumbuk | downgila

Friday, December 30, 2011

Hal Ehwal Bertumbuk

Hari ni dah Jumaat, lagi beberapa hari gua punya peperiksaan akhir semester untuk Semester pertama tahun 3 akan bermula, tapi gua masih lagi kucar kacir bila masuk bab belajar kejuruteraan ni. Bukak nota terus rasa sakit perut, mata, hati dan fizikal. Menyebabkan gua rasa mengantuk.

Memang tak masuk betul belajar dengan jiwa gua. Buat header blog lagi senang, amek gambar makwe korea sikit, crop crop, edit bagi nampak lagi nghh, lepas tu tepek tepek sikit tulisan. Pejam sebelah mata pun boleh buat. Sama juga macam bertumbuk.

Mengenai hal bertumbuk, tadi gua ada terserempak dengan musuh ketat gua masa orientasi dulu. Itu jam, gua punya dendam lama menaik. Nasib baik gua tengah makan nasik ayam dekat dewan makan. Mamat tu betul-betul duduk meja depan gua. Kalau gua attack secara solo tadi, ada kemungkinan juga bahu gua akan kembali patah.

Mamat tu duduk makan bertiga. Tangan gua dah capai telefon nak tekan nombor Afif Fadhuli sebagai unit sokongan. Tapi bila gua fikir balik, leceh juga sakit sakit badan ni. Gua dah la nak exam. Lagi pun nanti tak selesa pula orang lain nak makan nasi ayam sambil meja terbalik.  Afif Fadhuli  dah tentu time tu sibuk melayan rumet dia si Slim bermain Dota.

Jadi gua lepaskan dia buat masa ini. Gua siap makan terus pergi solat Jumaat.

4 comments:

  1. power lu ni. gegel jugak gua rasa
    kehkeh

    ReplyDelete
  2. bro,gua ngan member gua nak tahu psal new year lak.pro

    ReplyDelete
  3. puteri katak2/1/12 4:08 PM

    hmm same la..saya exam lagi nam hari je.. bukak buku serentak ngn bukak mulut luas2..mata tak nk pulak terbukak serentak..herghhh...

    ape pon.. sob..sob..sob.. tahun satu da repeat ni..seram kalau fail lagi weyyy!!

    doakan la yer..nasib kite serupe..

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...