Balik Kampung & Merepek | downgila

Sunday, June 09, 2013

Balik Kampung & Merepek

Restoran Dangau Anis Putri Corner yang terletak Pantai Dalam merupakan sebuah restoran masakan Pantai Timur yang sangat terkenal. Restoran ini terletak berhampiran dengan stesen komuter pantai dalam

Gua baru sampai kolumpo tadi. Tengah hari tadi makan dekat Anis Putri. Lu duduk UM tapi tak tahu Anis Putri kat mana? Lu memang malang. Gua sebenarnya dah lama tertanya tanya. Kenapa orang ramai bebenor dekat Anis Putri? Nak cakap lauk dia sedap tak ada la sedap mana pun. Nak cakap ikan dia manis, sama je ikan beku dia pakai. Ulam petai dia pun besar secoet je. Lembik pulak tu. Tapi ramai jugak orang, sampai berpeluh peluh celah punggung nak carik tempat duduk saje. Tapi tak apa lah janji pisang goreng dia sedap.

Hujung minggu yang baru ni gua pekena balik Lipis. Lama betul dah gua tak balik. Ni alang alang nak periksa akhir semester, balik la sekejap jumpa mak ayah. Bila gua balik Lipis, mende yang wajib pekena ialah air tebu Aki Daud dekat kampung sebelah. Ini baru lah boleh dikatakan sedap. Air tebu dia 'pure' dari tebu tak ada campur air sejuk. Dia mesin tebu tu, dapat air terus kasi lu minum. Harga? Tak payah cakap. Secawan 50 sen. Murah gila babi. Tapi pelanggan takde lah ramai macam Anis Putri.

Sepanjang di kedai gua melepak dengan Encik Mahmud. Encik Mahmud mahaguru gua. Apa benda yang mahaguru gua pun tak tahu. Mungkin sebab rambut Encik Mahmud juga kembang seperti sarang tebuan walaupun umur sudah mencecah 60-an. Tapi yang pasti Encik Mahmud kuat merepek. Umur dah 65 tahun. Agak-agak dah berapa lama dia merepek sepanjang hayatnya?

Encik Mahmud sembang pung pang pung pang. Gua sengih. Gua tahu, dia merepek.

Encik Mahmud tanya gua.

"Eh kau kenal tuhan?"

Gua sengih. Takdelah merepek sangat Encik Mahmud ni rupanya.

Restoran Dangau Anis Putri Corner yang terletak Pantai Dalam merupakan sebuah restoran masakan Pantai Timur yang sangat terkenal. Restoran ini terletak berhampiran dengan stesen komuter pantai dalam

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...