Hujan Batu | downgila

Friday, June 14, 2013

Hujan Batu

winter amsterdam

Tahun 1996, Chuping dilanda hujan batu. Betul. Gua nampak satu ketulan ais sebesar batu bata jatuh kemudian berderai di atas tangga kayu depan rumah gua. Cepat benar ais itu mencair. Sampai hendak berkelahi dengan abang gua sebab haram dia tidak percaya apa yang gua nampak.

Petang itu hujan berhenti. Gua dan sebahagian keluarga bertandang ke rumah kawan bapak gua di kem tentera sebelah. Nama pakcik tu Guruh. Orang Sarawak. Muka dia ada parut parut sikit dan sangat violent. Gua masa tu kalau dengar nama pun dah meremang tengkuk ngeri. Masa dulu mak gua selalu acah-acah kalau gua taknak pergi tadika, dia nak hantar ke pakcik Guruh. Gila gua terus laju ke mandi.

Macam biasa, sebagai budak tadika, apa hal petang-petang duduk dalam rumah? Gua berborak dan bertukar-tukar cerita hujan batu dengan anak pakcik Guruh yang sebaya sambil duduk di atas bonet belakang kereta Nissan Sunny bapak gua.

"Mak aku cakap kalau minum air hujan batu, boleh jadi pandai.." kata anak pakcik Guruh tanpa unsur-unsur komedi.

Secepat kilat gua colek sisa-sisa hujan di atas kereta bapa gua dan terus masukkan ke dalam mulut.

"Tapi air hujan tu tak boleh kena apa-apa, mesti terus dari langit baru berkesan.." sambung anak pakcik Guruh yakin.

Cilakakk..!! Gua dah masuk dalam mulut baru nak kabor. PAAANG! Gua karate kereta bapa gua sepam dan terus berlari masuk ke rumah cari karipap.

2013, gua masih lagi sangkut di UM, kawan kawan semua dah ada kereta, rumah sendiri. Kalaulah gua colek air hujan batu itu tadi dari bot mewah.....

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...