Terserempak Dengan Boss | downgila

Friday, January 27, 2012

Terserempak Dengan Boss


Pukul 5.57 petang gua terjaga dari tidor, terus gua bergegas Solat Asar dan terus mengenakan sedikit wangian untuk pergi pekena teh. Biasanya hari hari lain gua duduk rumah mengeteh dirumah, ada masa gua pergi minum itu air tebu sama sedikit keropok dekat Kampung sebelah.

Tapi harini "mood" jadi lain, tekak mengidam nak pisang goreng sama teh halia. Setelah 5 minit gua siap siap adik gua pulak balik. Memang nais sebab gua perlukan motor. Adik gua ni pun satu. Jenis rempit kampung. Motor elok elok sedap bawak dia otter otter sampai jadik macam celaka tak sedap langsung rasa bila bawak.

Gua keluar rumah, pergi dekat adik gua, gua bagi satu right-hook dekat perut dia, terus terjatuh kunci dari tangan.

"Good Job..", kata gua sambil mengambil kunci dan berlalu pergi. 

Adik gua masih tersadai, mungkin ada patah patah sedikit. Gua memang plan nak lepak lama dekat kedai ni. Nak makan goreng pisang RM2, banyak gila punya.

Sampai dekat kedai, gua terus jerit dekat akak tu dengan nada sombong.

"Kak! Teh halia satu..."

Bila gua masuk dalam kedai, gua nampak seorang uncle yang sangat "familiar", tengok lagi 2 3 kali memang positif. Bapak gua rupanya. Ini lah yang gua tak minat ni jenis bapak dengan anak terserempak dekat kedai kopi ni. Perkara perkara macam ni gua rasa kerajaan patut ambil serius. Tak patut pemuda macam gua yang nak lepak lama tererempak dengan bapak sendiri. Feeling gua jadik lain.

Tiba tiba akak waiter jerit balik

"Dik air tadi aok nak minum ke bungkus?"

"Err...bagi bungkus la kak, keh nak cepat ni", jelas gua

Siap siap bungkus gua balik pekena teh halia dalam keadaan sedih dekat rumah sambil tulis ini entry.

Notakaki : Bapak gua sekarang ranking no 1 dam dekat kedai kopi tu. Patut la gua power main dam. Genetik.

*************

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...