Rambut Idaman | downgila

Tuesday, January 03, 2012

Rambut Idaman


Tahun 2025

Masing masing sudah berkeluarga, tapi tahun ni ramai pulak budak budak ni melawat gua di Kuala Lipis. Entah nak buat apa pun gua tak tahu. Kuala Lipis hanyalah bandar bersejarah yang dilengkapi dengan satu supermarket kecil. Satu petang gua bawa Slim, Sarawak, Afif Fadhuli dan Lelaki Taiping mengeteh di sebuah kedai mamak bersebelahan dengan kedai runcit cina.

Kami saja saja nak lepak mengeteh setelah beberapa tahun sibuk dengan kerja. Masing masing memesan roti canai dah teh suam. Tak ramai yang lalu-lalang di musim perayaan ini baik di kaki lima mahupun di Main Street Kuala Lipis yang bersifat sehala. Cuma sesekali ada juga makwe-makwe 'rare' yang tak pernah kelihatan mukanya di Kuala Lipis ini memandang seisi bandar Kuala Lipis dengan meluat dari dalam kereta nasional dan internasional yang melintasi. Masing-masing memanjangkan leher sehingga kereta-kereta (wajah makwe) itu hilang dari pandangan.

Slim yang baru membotakkan kepala sebagai imej baru, mundar-mandir di hadapan kedai nombor. Kemudian dia masuk ke satu kedai runcit cina di bangunan berusia 81 tahun untuk membeli sedikit cikedis. Dia nampak kurang sihat. Mungkin banyak sangat benda yang masuk ke dalam badannya. Selesai menonton Slim, kami menonton sekumpulan pelancong asing kulit putih yang melintasi meja kami. Afif Fadhuli memandang salah seorang daripada mereka yang seksi dengan penuh imaginasi.

Kuala Lipis Pulut jamil Tong Fatt
Kuala Lipis di waktu petang. Aman dan damai...Peh gua buat puitis apa?

"Apasal dengan rambut kau ni, makin gejala gua aku tengok. Berapa kali kau shampoo rambut?" tanya Sarawak kepada gua sambil memerhatikan rambut gua yang kian panjang tak tentu hala. Masa tu gua ingat nak simpan rambut sampai jadi macam gitaris The Strokes tu.

"Tengok la. Ikut mood." jawab gua sambil usha satu brader rempit entah dari kampung mana yang pakai kasut raya tepi jalan depan kedai motor. Buruk betul potongan rambutnya.

"Seminggu berapa kali?" tanya Sarawak lagi. Tak puas hati gayanya. Ikatan rambut paras bahunya dilepaskan dan diikatnya semula. Kali ini lebih kemas.

"2 kali kot..." jawab gua ringkas.

"Seelok-eloknya sebulan sekali, rambut ni kena pergi salun kasi pekena stim..." terang Sarawak. Dia memang lebih sedekad berpengalaman menguruskan rambut panjangnya.

"Peh, buat semangat apa?" gua bertanya dengan nada ingin membahan Sarawak.

"Betul. Dulu aku selalu buat. Sebulan sekali memang aku kasi stim. Masa tu rambut memang tip top. Macam..."

Belum sempat Sarawak habiskan kata-kata, gua dengan Afif Fadhuli menyampuk.

"Macam siapa?" serentak gua dan Afif Fadhuli sambil kepala ligat meneka seluruh nama bintang rock di dunia.

"Macam Maya Karin..." jawab Sarawak.

Gua mula rasa macam nak kerat rambut sistem 4-2-1. Stail rambut masa Samy Vellu jadi Menteri JKR

******

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...