Serius : Deodoran & Kanser Tetek | downgila

Saturday, January 21, 2012

Serius : Deodoran & Kanser Tetek


Sebenarnya dah lama menda ni gua nak tulis, tapi tak cukup sumber, tapi hari ni gua beduk je tulis. Kenapa tiba tiba gua rasa nak tulis? Kisahnya macam ni, satu hari gua tengah baring baring bawah kipas speed 5, tiba tiba gua terpikir, kenapa zaman sekarang makin lama makin ramai orang kena kanser tetek ni.

Laki ke perempuan sama je. Lelaki pun ada tetek jugak kan. So sama sama la baca research gua yang bukan nya budak medik ni. Kalau ada budak medik yang baca and rasa ada salah kat mana mana sila betulkan. Gua tak terajang siapa siapa. So persoalannya hari ni ....

"Adakah pemakaian Deodoran menyebabkan kanser di bahagian tetek?"


Mula mula kita tengok dekat mana kita selalu sapu deodorant dan dekat mana bahagian tetek yang selalu dijangkiti kanser.

Celaka sikit lagi arrow tu nak kena puting dia, gua kena belajar aim lagi pasni

Kawasan yang gua bulatkan tu adalah kawasan yang selalu mula mula kanser tetek dikesan. Kiranya macam dia merebak daripada ketiak turun ke tetek anda. Kenapa ramai orang zaman sekarang yang kena kanser tetek? Kalau fikir logik : 

1) Kulit kita ni jenis menyerap bahan bahan yang kita letak atas kulit. Cuba lu amek pewarna, letak atas kulit sampai 4-5 jam, mesti la pewarna tu menyerap masuk kedalam kulit. Tak tahu la pulak kalau kulit lu orang setting kulit pokok bakau akar tunjang tak lut dek serapan.

2) Jadi dalam logik yang sama, kalau dah hari hari lu sapu deodoran kepada ketiak, mesti lah ada bahan bahan dalam deodorant tu yang akan menyerap kedalam kulit kan? Berdasarkan sumber yang gua carik (go SINI kalau rajin), kalau lu orang shave, lagiii la senang dia menyerap masuk. 

So Dr GP, apa bahan bahan didalam deodorant yang berbahaya dan disaspek menyebabkan kanser tetek?

Kebanyakan deodorant sekarang mempunyai Aluminium sebagai bahan utama, tak caya pergi cek deodorant lu orang sekarang, ada je lah Aluminium bla bla bla yang dibubuh dalam deodorant tersebut.

Aluminium ni lah yang menutup kalenjar peluh so that ketiak tak berpeluh. Dan kepada yang perempuan, ada research yang cakap penggunaan aluminium yang kerap boleh menyebabkan perubahan kepada estrogen. Estrogen ni menolong pertumbuhan sel kanser sekaligus menyebabkan kanser tetek.

Some research suggests that aluminum-based compounds, which are applied frequently and left on the skin near the breast, may be absorbed by the skin and cause estrogen-like (hormonal) effects . Because estrogen has the ability to promote the growth of breast cancer cells, some scientists have suggested that the aluminum-based compounds in antiperspirants may contribute to the development of breast cancer

Kemudian, ada jugak deodorant yang letak PARABEN, kadang kadang ada jugak nama lain seperti 

1) methylparaben
2) ethylparaben
3) propylparaben
4) butylparaben
5) isobutylparaben
6) benzylparaben

Janji ada je paraben, maksudnya ada lah paraben dalam deodorant tu. Paraben ni berdasarkan sumber yang gua dapat (go SINI kalau rajin) boleh sikit sikit bertindak seperti estrogen dan mempengaruhi sistem reproduksi. 

Tapi ada jugak sainstis yang tak percaya menda alah ni. Jadi nak konfirmkan pun tak boleh, jadi semua bergantung kepada lu orang sendiri. Bagi gua, gua macam percaya je menda alah ni. Orang orang dulu, nenek gua, atuk gua takpernah pulak dengar pasal kanser tetek ataupun breast cancer ni. Penyakit ni macam zaman sekarang je baru nak naik. Mesti la ada sebab kan? ada lah yang orang dulu tak pakai kita pakai kan?

Jadi, gua sebagai orang yang paling hensem dekat blog ni nak mengajak lu orang semua join kempen gua. Iaitu HARI-BEBAS-DEODORANT. Hari yang selalu gua tak pakai adalah hari Ahad dan Sabtu sebab 2 hari ni gua tak banyak bergerak dan tak banyak sangat keluar. Sehari dua bagilah ketiak tu bernafas sikit kan. Hari biasa memang tak boleh la tak pakai kan. Mana makwe nak dekat.

Jangan lu orang pergi kelas, pergi makmal berpeluh peluh, pastu tak pakai deodorant pastu ketiak bau macam celaka nohoromm pastu lu datang dekat gua gesel gesel, memang gua terajang perut sampai tak boleh bercakap.

*****

15 comments:

  1. woi cilaka gua tak de tetek

    ReplyDelete
  2. guna bedak antibka macam aku. serius bulu jarang tumbuh dan kering. ini serius

    ReplyDelete
  3. Aku usha siot ingredients dalam deodorant aku. Aluminium tu ada, yg paraben tu takde pulak.

    Sekarang aku confuse, kau ni belajar engineering ke medic? Haha.

    ReplyDelete
  4. so perlu ke tak perlu pakai dedorant nie? kang pakai kena kanser. kang x pakai busuk pulak.. :)

    ReplyDelete
  5. @Lyana : Haha. aku serba boleh bhai

    ReplyDelete
  6. @Kierra : Pakai la. cuma hari2 yang duk bilik/rumah je xyah la pakai. haha

    ReplyDelete
  7. ape kebabian ini??

    ReplyDelete
  8. peh,blog nie da ad domain da..
    memang benda nie kena pakai,kalau tak bau,wakaka

    ReplyDelete
  9. Nasib baik aku ni jenis tak perlukn deodorant

    ReplyDelete
  10. wadi AR serius tu doh.
    elok ikut dia.haha.tp klo rajin,usha lagi..
    sb tak semua deodoran ada bahan yg haram tu.

    ReplyDelete
  11. Jarang pakai deodoran.. Asalkan diri sentiasa kekal bersih, Insyallah tiada bau-bau yang kurang menyenangkan. :D

    Lagipun Saya berbangga dengan bau semulajadi badan yang menyenangkan..

    Post Terbaharu Saya - Paradox Dalam Diri

    ReplyDelete
  12. hahaha aptb bab bau tu

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...