Mimpi Buruk | downgila

Sunday, January 22, 2012

Mimpi Buruk

Jam menunjukkan pukul 4.30 ptg...

Gua dan beberapa orang yang gua tak berapa cam masa tu jalan jalan depan pintu UM, yang gua ingat Charpy ada sekali. Masing masing membawa satu galas beg plastik hasil belian buku dari kedai buku menggunakan voucher RM200.

Gua angkat satu set buku memasak oleh Dr Ezani. Ingat nak buat sambal petai nanti balik rumah. Charpy pulak beli entah buku apa ada gambar Hulk Hogan tengah tertera dekat kulit buku.

Tiba tiba Charpy bersuara

"Eh exam Teori Struktur II besok pukul berapa ek?"


Serentak dengan itu, gua terjaga dari mimpi, gua pandang kiri kanan, picit picit sikit pipi. Gua bangun. Ok, solid

"Mimpi...mimpi....exam dah habis..exam dah habis.......", gua cuba tenangkan diri sendiri sambil tutup mata tangan usap usap kepala.

*****

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...