Berjinak-jinak Dengan Basikal | downgila

Tuesday, January 24, 2012

Berjinak-jinak Dengan Basikal

siput babi downgila

Petang semalam cuaca di Kampung Berembang Kuala Lipis sangat baik. Matahari berselindung di sebalik awan. Burung berterbangan riang sambil menyanyikan lagu lagu Haslina Kamsan. Dua tiga ekor ular berkawan baik dengan ayam dan menolong ayam mencari jarum emas. Gua menggeliat di pintu dapur. Dua tiga ekor tupai mengangkat tangan tanda hormat. Gua lambai balik membalas hormat.

Gua senyum sendiri. Badan gua macam dah berkarat sebulan lebih tak banyak bergerak.

"Petang yang indah begini elok juga kalau aku pergi main basikal sikit..." kata gua sendirian.

"Betul tu, brooo..." sampuk seekor siput babi di bibir longkang dengan suara serak serak basah. Gua merenung siput babi peramah yang sedang mengikat buluh untuk membuat rakit.

"Ahhh dan dan lah kau siput babi oi..Kau bukannya paham hal ehwal berbasikal ni"

"Ok, fine kau panggil aku babi..." balas siput babi semula. Siput babi terus memakai 'life jacket' dan terjun ke dalam longkang.

"Ish ish siput zaman sekarang..Tak sedor diri", Gua geleng kepala...

*******

Sambung SINI

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...