Sstu Pagi Yang Hening | downgila

Saturday, January 14, 2012

Sstu Pagi Yang Hening


Tadi pagi gua baring atas katil sambil pandang kipas siling speed 5. Angin kencang semacam sampai gua pejam celik pejam celik mata. Speed 5 ni memang laju. Dalam dunia ni tak banyak kipas siling yang ada speed 5. Rata-rata yang speed 5 ni kipas udang. Kipas angin atas meja biasanya sampai speed 3 saja. Kipas industri pun gua rasa sama. Speed sampai 3 saja.

Tapi, bila gua perati, kipas siling ni yang lemahnya starting dia slow masa start jalan. Memang cicir kalau kena dengan kipas angin atas meja. Kipas industri pun sama. Dia punya blade kipas tu adalah besi. Sebab dia besi dia mula la berat. Bila dah berat mula la pikap dia jadik kurang.

Tapi bila nak bersembang pasal bab top speed, mana mana kipas pun tak boleh lawan kipas siling sama kipas industri ni gua rasa. Dua dua memang payah nak berhenti bila dah cecah top speed. Lajak dia power. Sesuai untuk buat main long distance atau bikin jadi kipas embun.


Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...