Pengalaman Gua Di Alam Shah : Nasik + Ayam | downgila

Tuesday, July 12, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Nasik + Ayam


Form 2 kalau dekat Alam Shah adalah masa yang paling jahanam sekali sepanjang 5 tahun gua duduk kat Alam Shah. Se jahanam-jahanam hidup gua time tu, ada lagi yang lagi teruk, Sarang Buaya dengan Otai Kedah lagi sakit. Selalu gila kena panggil dengan 'abang-abang' kena buat macam macam. Dari kemas bilik, buat megi, pijak pijak belakang sebab belakang lenguh dan macam macam lagi.

Nak dijadikan cerita, bilik gua dari form 1 sampai form 5 dekat tingkat atas sekali, tingkat 4. Sakit gila duduk tingkat atas ni, dah la hari hari kena naik tangga. Bila terlupa apa apa, macam terlupa pakai seluar dalam ke apa ke, mesti kena berlari lari manja naik sampai tingkat 4. Bila sampai atas berpeluh macam celaka. Nak pakai seluar dalam pun jadik lari 'tune'.

Paling sakit duduk tingkat atas ni kalau lu orang form 2, bila nak turun je, ada la senior mula buat bunyik memanggil macam "swiitt switt" tu. Tak pun di panggil "OI FORM 2!!"..lagi tahi bila dia panggil nama lu terus. Memang headshot kena kat kepala tak dapat mengelak dah. Biasanya kami akan turun ramai ramai satu group supaya abang abang akan jadi keliru tak tahu nak panggil yang mana satu, yang terkorban tu nasib la. Hidup sebagai form 2 sangat Syahid. Sedih sedih.

Satu hari ni, time puasa, gua dah tertinggal dengan 'group' gua, last last tu gua dah lambat gua sauk je turun sorang sorang. Waktu berbuka dah dekat. Nasik gua tak ambik lagi.

Sampai tingkat 3, floor form 3, takda siapa panggil sebab takkan la form 3 nak panggil form 2. Kalau diorang panggil pun gua buat dek sudah. Gua meneruskan perjalanan.

Sampai tingkat 2, floor form 4, gua jalan buat tak tahu, gua ada jugak dengar bunyik swiit swiit, tapi gua buat stone je. Jalan dah macam berlari. Punya takut kena panggil.

Sampai tingkat bawah sekali, tingkat paling ngeri, form 5. 'King' of Alam Shah. 3 saat pertama tak ada orang panggil. Gua dah gembira gila. Tapi langkah gua semakin laju. Baru nak bangga tak ada orang panggil. Tiba tiba...

"OI AZWAN MAT DATAR!", sorang senior form 5 ni jerit, NI LAH YANG DINAMAKAN HEADSHOT! memang time tu gua macam

"Aduh! celaka betul kantoi"

Gua datang dekat abang tu, dia cakap macam ni. Ayat dia sangat lah mintak kaki

"Kau pergi kantin, tapaukan nasik untuk aku. Aku nak berbuka ni. Beli Nasik dengan ayam masak merah dengan sayur dengan air anggur sekali. Nah ambik duit. Baki kau simpan la.."

Dengan bangga dia bagi gua RM 1.50.

"Baki kepala bapak kau...", dalam hati la tapi.

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...