Pengalaman Gua Di Alam Shah : Sodom Time Form 2 | downgila

Saturday, July 02, 2011

Pengalaman Gua Di Alam Shah : Sodom Time Form 2


Jam menunjukkan pukul 2.30 ptg, masa untuk pelajar pelajar tingkatan 2 Sekolah Alam Shah untuk ke prep petang semakin  hampir. Tapi gua masih lagi tak solat Zohor sebab tadi lepas kelas gua kena pergi bilik guru, buat apa pun gua tak ingat, Seingat ingat gua mungkin gua tolong cikgu angkat buku dan barang barang lain. (memang tak ahh).

Gua cemas..Kalau lambat nanti mesti kena kumpul bilik malam ni pastu ketua bilik gua mesti bagi 'kasih-sayang' dekat gua. Besok gua lebam. Gua dan beberapa kutu kutu lain mula mencari alternatif nak solat dekat mana. Nak pergi surau jauh. Kitorang mula berjinak jinak kepada budaya Sodom. Sodom ni bukan liwat liwat tu. Sodom ni sebenarnya Solat dalam dorm, biasanya dilakukan oleh pelajar pelajar yang lebih senior 'abang-abang' form 4 dan form 5. Tapi disebabkan gua dah tertekan, gua mengambil risiko untuk bersodom jugak

"Ni kalau kantoi sodom dengan Wanpat ni mampos kita Apis!", gua cemas

Wanpat tu ketua bilik gua, merangkap ketua bilik paling cool dan sempoi, dia abang form 4. Apis tu roomate gua, gengster Sarang Buaya dari Muar Johor

"Ahh kau ni, tak payah cuak sangat, Cepat cepat sodom pastu blah la. kau tunggu sini memang la kantoi", jawab Sarang Buaya

Disebabkan kami ramai, kami menggunakan sistem sodom bergilir gilir. Dan sodom ini kami lakukan didalam stor sebelah bilik seterika, kalau sodom dalam bilik memang mampos. Senang cerita kami macam seludup seludup sodom. Dua orang cek line, dua orang sodom, Stor panas macam celaka, peluh dah macam air paip. Bau badan pun jadik macam gampang, disebabkan nak cepat, member gua sodom dulu, gua dengan sarang buaya cek line. Sejadah amek selimut sudah. Buat jadik sejadah pon jalan je. Duduk asrama memang kena pandai pandai survive.

Selesai dua orang kutu tu sodom, gua dengan sarang buaya pulak sodom, time tu tengah cuak, selimut kami warna kuning, takde gambar masjid dekat tempat nak sujud, Gua cemas dan beduk solat Zohor dengan tak berapa Khusyuk. Pung pang pung pang tahyat akhir. Dah macam solat subuh dia punya speed. Time tu member gua masuk, dia jerit

"Oi macha!! Bodoh sial kau ni, Salah kiblat tu!! "

"Taik! mana la aku tau, sejadah ni entah mana satu atas mana satu bawah pun aku tak tau!", gua dah frust.

Gua pandang Sarang Buaya, Sarang buaya pandang gua.

"Nak solat balik??", gua cakap dalam hati. Sarang Buaya macam paham paham

"Yakin sudah!", jerit Sarang Buaya.

Kitorang bangun cepat cepat lari pergi prep petang, Sampai kelas buat muka innocent.

Semoga kita semua bersolat dalam keadaan yang selesa hendaknya. Alhamdulillah...Ingat ya adik adik. Yang penting yakin

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...