Gua Pergi Hospital Semalam Part 1 | downgila

Thursday, July 28, 2011

Gua Pergi Hospital Semalam Part 1


Semalam time gua tengah tidor, dalam pukul 4, tiba tiba mata gua sakit. Macam ada objek asing masuk dalam mata. Yang peliknya, gua tengah tidor. Kalau gua tengah bawak motor ke lain la habuk boleh masuk dalam mata. Ni gua tengah tidor. Mula mula gua buat stone je, tenyeh tenyeh sikit mata nanti hilang la. Tapi tak hilang jugak. Pastu mata gua jadi sakit gila. Jadik berair macam menangis sebab tengok cerekarama kat tv3.

Last last gua panas gua bangun lepas tu pergi bilik air. Gua cebuk air kolah, kasi celup sikit kepala gua dalam air. Bukak mata luas luas. Tapi objek asing ni degil nak mampos tak keluar keluar jugak. Bila gua tutup mata, jadi pedih gila mata gua. Gua tak boleh tidor beb, tengok kat cermin pun tak nampak menda alah ni.

Last last gua kejut bapak gua mintak tolong tengok tengok kan apa ada dalam mata gua, bapak gua jenis rabun dekat, lagi lah tak nampak. Rasa bersalah pun ada gua kejut dia kul 4. Puasa pun belum lagi nak bangun pukul 4 buat sahur. Last last gua redha pastu tidur balik. Tapi gua tak boleh tidur, just tunggu saje sampai pagi besok pergi hospital.

Golek golek sampai la pukul 7, seksa beb, pejam pun sakit, bukak lagi sakit. Dah la tak tau apa dalam mata. Misteri nusantara betul. Bila pukul 7, gua terus gerak pergi mandi. Hari ni la gua mandi pagi paling awal sejak gua balik rumah. Biasanya gua mandi pagi standard dalam pukul 11 macam tu. Lepas gua siap siap gua tengok cermin. Gua jadik terkejut sebab gua nampak Chace Crawford dalam cermin. Bila pandang dua kali baru gua perasan tu gua rupanya. Kacak jugak gua ni.

Lepas tu gua pergi hospital dengan bapak gua. Tangan gua setiap masa kena pegang sebelah mata gua. Kalau gua lepas jadik sakit. Ingatkan nak pergi klinik mata. Tapi kat kuala lipis ni mana ada klinik mata. Gua pun pergi hospital jek. Pergi kat kounter kecemasan. Sebab mata gua memang pedih ni beb. Lepas dah register semua, bader tu suruh gua duduk dulu. Gua pun macam

"Kecemasan kejadah kalau kau boleh suruh aku duduk duduk dulu. Mata gua dah sakit gila ni"

Nak cakap orang ramai macam kat PPUM tak jugak. Gua orang 1st kat situ. Memang sepatutnya gua boleh terus masuk buat rawatan. Tapi tidak di hospital kerajaan. Segala galanya kena ikut 'Prosedur'. Bugima.

Gua pun duduk duduk la dulu. Kat kounter pertanyaan ada awek, gua tak dapat nak pastikan comel ke tak sebab gua malas nak pandang. Hilang la macho sebelah mata kena tutup dengan tangan. Punya la lama gua tunggu 'kecemasan' ni. Dalam 20 minit jugak lah. Nama gua tak jugak kena panggil. Gua siap boleh nyanyi lagu raya lagi dalam hati. Berterabur juga senikata dia. Raya dah la tak lama lagi.

Dalam setengah jam baru nama gua kena panggil. Gua ingatkan dia nak suruh datang besok dah, pukimak lama gila kena tunggu. Masalahnye gua sorang je dekat situ. Apa yang bengap sangat amek masa lama gila?

Bila gua pergi dekat nurse tu, dia bagi borang suruh gua pergi dekat department Pesakit Luar pulak. Macam celaka!! Gila lama gua tunggu, dia suruh gua pergi tempat lain. Pesakit luar dah la ramai gila. Takkan gua nak tunggu lagi?? Mata gua dah sakit gila kot! Kalau nak suruh gua pergi kat pesakit luar, baik suruh gua pergi awal awal tadi bangang! Gua jadik rasa nak terajang akak tu. Tapi gua tak pukul kaum wanita.

Bersambung kat sini....

Adakah gua berjalan kaki sampai ke rumah kerana kecewa? Adakah nurse itu akan kena terajang di dada? Adakah gua kecewa dan pergi klinik swasta?

11 comments:

  1. tiba-tiba gua pown rasa marah bila baca post kaw .

    ReplyDelete
  2. ergh. member sejati lu ni. cubit peha gp, peha sai terasa, erkhh?

    ReplyDelete
  3. patot laa si ain risau. kaw saket ghupenyeee. so apekebende natang lam mate kaww tuh?

    ReplyDelete
  4. haaaaaa.......kena tunggu part 2!! hahahahhaha

    ReplyDelete
  5. aku tak tahu apsal aku baca post ni.-.- haha-abez

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha.. kau bc sebab ada gambar awek cun tu. adakah..adakah kau....adakah..

    ReplyDelete
  7. pergh bersambung pon ada teaser .
    ni saspen ni .
    terajang nurse tu di dada bro ! xD

    ReplyDelete
  8. gua penah kene gak camni..time tu gua mandi kat swimming pool..cdg nk cuci mata dlm air..last skali..mata gua macam ada luka. bile pejam macam ada pasir bergerak2 time gua wink2.. last option gua..gua amek minyak cap kapak kasi letak tepi mata biar kuar air mata..passtu mate gua rase aman dan damai..sekian

    ReplyDelete
  9. dah layak ni menang nobel, terbaik punyer storyline. haha. tak mau ramai hang pi ah bomoh ka. haha

    ReplyDelete
  10. @Anon : peh. true gila lu. minyak kapak dekat mata

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...