Saving | downgila

Sunday, July 17, 2011

Saving


Sekarang baru gua sedar susah nak cari duit. Tak ada duit memang sakit. Nak makan pun sekali sehari je. Sedih habis. Ni gua jadik nak belajar sungguh sungguh ni. Duit time short sem ni mengalir macam air. Sehari nak dekat RM 10 makan sahaja. Tu belum kira nak tengok wayang, nak makan kentaki ke tiba tiba kan. Mak gua bagi gua duit memang tak cukup lah kan. Bukan nak cakap mak gua tak nak bagi. Tapi setiap kali mak gua telefon, lepas dia tanya sehat ke tak, dia mesti tanya dah makan ke belum. Read more

Kadang kadang gua jadik tacing pun ada. Nak je cakap gua makan kalau betul lapar je. Sedih kan? tapi sebab nak bagi mak tak risau gua cakap la gua dah makan, kenyang tahap tingkatan 6 atas punya. Mak gua memang tak boleh tengok anak dia lapar,Pasal duit, bukan mak gua tak nak kasi duit. Tapi gua yang tak nak menyusahkan diorang, Sapa suruh gua fail haritu. Gua fail, biar gua yang tanggung, bila tanya ada duit ke tak, mesti gua cakap ada, even sebenarnya memang tak ada.

Semalam lepas gua tengok wayang (yang ni memang terpaksa keluarkan duit beb. Harry Potter tak ada tayang dah nanti time gua dah tua, gua rindu pulak kat Ginny, terpaksa la keluarkan duit) , gua pergi mapley 14, minum la horlick. Gua lapar ni, tengok nasik lemak depan mata gila mengidam. Pikir dua kali tu nak makan ke tak. Last last gua tak tahan sangat gua angkat itu satu nasik lemak sama itu kentang kentang sikit. Dapat la alas perut jugak. Rasa nak pedal bakar, tapi KIV dulu la. Nanti sem depan gua pekena itu pedal bakar.

Sampai bilik, dah pukul 3 lebih, gua online sekejap cek cek Facebook tetiba ada seorang akak ni tanya gua esok Nisfu Syaaban, apa plan? Otak gua mula tertanya tanya.

"Tengah kenyang....duit tak ada....Apa nak buat?", gua bermonolog sendirian.

Gua niat puasa....

p/s : makan wishlist : Waffle kat KLCC, Waffle kat Nelson's Mid, Waffle kat KL sentral, Pedal Bakar 14, Teppanyaki Mid, Sambal Petai Mak gua

13 comments:

  1. sedih pulak gua bace bro. gua pun nak touching

    ReplyDelete
  2. hahah aku pun tengah sengkek. bulan ni duit
    mengalir kalah mcm period. -.- ishkk..
    wayang mmg x leh tgk. tp makan sehari rm10.
    xmenahan weh tgk waffer tu.haha. mai la sama2
    jimat...

    ReplyDelete
  3. haha. kau tgh wat short sem jugak ke pe?

    ReplyDelete
  4. @govin : yup2. sedih. tsskk2

    ReplyDelete
  5. haaa.. sadis bro!sadis!. ape nk buat.. da nasib badan. :D

    ReplyDelete
  6. sadis kan. nk buat guane....

    ReplyDelete
  7. asal xkeja bro??ko abes short sem balek ke tidak?

    ReplyDelete
  8. balik r, kalau tak balik nk duduk mana. haha

    ReplyDelete
  9. aku kadang pon ada la berimaginasi .
    bila la dunia nak buat .
    bila kita peg shopping .
    amek2 barang semua then peg counter .
    scan2 barang semua then cashier yang bayar kt kita .
    lalu kita amek barang dan duit tu then blah .
    hiok hiok hiok

    ReplyDelete
  10. pehhhh. kalau macam tu sampai bila bila pun xjadi weh

    ReplyDelete
  11. dah nama student...hehe
    smart blog ni LIKE! :D

    ReplyDelete
  12. wwahhh. otai like blog aku. tq bro

    ReplyDelete
  13. hahah wishlist dah ada! bagus2

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...