Gua Pergi Hospital Semalam Part 2 | downgila

Friday, July 29, 2011

Gua Pergi Hospital Semalam Part 2



Disebabkan gua tak pukul kaum wanita, tak ada transport nak balik sebab bapak gua balik rumah tertinggal henpon, nak tahan bas rasa macam tak 'indie', tak ada duit nak pergi Klinik Chong, gua teruskan jugak pergi ke department pesakit luar. Pesakit luar ni macam kalau lu demam ke, sakit kaki ke pape lah. Yang tak berat la. Masalahnye gua ni mata. Bukannye kes ringan beb. Lagipun gua dah tahan sakit dari pukul 5 tadi. 

Lepas gua masuk pesakit luar punya kawasan, hambikk kau! ramai gila manusia sakit. Kalau macam ni mau lagi 5 jam baru gua dapat jumpa doctor, bukan gua nak mengutuk doctor kat sini. Tapi memang kenyataan doctor kat sini layanan tak mesra langsung. Maybe penat seharian menghadap orang sakit dengan dia dia jadi sakit. 

Gua masuk terus buat buat jalan senget macam zombie. Kira gua nak tunjuk gua sakit yang teramat la ni. Padahal mata je yang sakit. Sorang pun tak pandang. Celaka.Tapi bila gua nak patah balik pergi Klinik Chong, tiba tiba ada sorang Nurse ni, umur lingkungan 40-an, dia tegur gua buat nada risau gila.

"Adik ni kenapa ni? Mata tu kenapa?", tegur nurse tu sebab dia nampak gua tekup tangan gua kat mata.

"Yosh!", gua celebrate dalam hati, taktik zombie gua berjaya. Muka still buat sakit 14 tahun punya.

"Mata saya ni makcik, masuk objek apa entah. Memang sakit sangat sangat ni. Dah pergi emergency, dia suruh masuk sini", jelas gua.

"Eh. Kes mata ni mana boleh hantar sini, meh makcik bawak pergi jumpa doctor terus"

WIN! Pada waktu tu, orang ramai beratur nak ambil nombor, dan menunggu lagi untuk berjumpa doctor, tapi gua dapat potong Q, gua telah berjaya mencapai 'holy grail' dalam scene potong Q. Gua potong nak dekat 80 orang termasuk warga emas. Padan Muka. Siapa suruh tak reti berlakon. Lain kali waktu dekat U, masuk la kelab drama ke pe ke.

Lepas gua buat muka berlagak tangan tekup mata, gua masuk bilik rawatan. Masuk dalam tu, doctor tu cek cek ala kadar, suluh lampu sana sini, dia suruh pergi buat satu test ni nama dia Fluorescent test. Nak tengok mata gua ada luka ke tak. 

"Pergi bilik no 6, adik tunjuk terus borang ni okay. Nanti nurse tu tahu la nak buat apa", doctor tu arahkan gua

Gua pun bergegas keluar, jalan pandang bawah sebab gua takut warga emas buat chaos kat sini sebab gua potong diorang. Bila gua datang bilik 6, nurse tu pulak suruh pergi kaunter dulu daftar. Gua jadi baran la ni kan. Tadi doktor tu suruh gua terus pergi kat makcik ni bagi borang. Gua dengan tak sengaja tertinggikan suara kat makcik tu, sebab dah la sakit, tunggu dah lama, pastu hospital ni main passing passing gua macam gua ni patung barbie pulak. Gua tahu la gua comel.

"TADI DOKTOR TU CAKAP SURUH BAGI KAT NURSE TERUS! SAYA DAH LA SEBELAH MATA SAKIT NI! TENGOK LA DULU BORANG NI!", suara gua agak tinggi disitu.

Makcik tu pandang gua, dia ambil borang yang gua hulur

"Oh.....", dia cakap

Hah tau pun nak tengok dulu. Buat kerja tak ada jiwa! tahu nak mengarah orang je. Tak pernah nak senyum!

Dia letak mende alah apa entah dalam mata gua, terus mata gua jadik kuning. Dia suruh tutup mata dan pergi balik kat doktor. Haih.. sabar aje lah.

Gua pergi balik kat doktor, dia cek cek ala kadar

"Saya bagi awak ubat tahan sakit, nanti awak pergi cuci mata awak tu dengan air okay dekat bahagian kecemasan"

Babi. Kalau awal awal kau suruh aku pergi kecemasan kan ke senang? Sebab dekat kecemasan, dia letak lagi menda alah kuning tu, pastu dia cuci mata gua, tapi objek asing tu tak keluar jugak. Last last dia bagi ubat apa jadah dan gua balik dengan mata yang....

semakin sakit, semakin tak boleh bukak, semakin merah.  

Best kan?

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...