Tunggu Gua Di Pintu Syurga | downgila

Wednesday, July 20, 2011

Tunggu Gua Di Pintu Syurga

Photobucket
Pic ni bergerak weh! 

Keadaan panas macam cilake, gua masih berkaki ayam, 2 3 (masukkan penjodoh bilangan sendiri) makhluk Allah sedang berborak di depan gua, gua pelik, apahal gila panas ni, kaki gua dah melecur, teruk.  2 3 makhluk Allah tadi ushar gua semacam, gua jadik tak senang hati, 

"Errr....Kat mana ni bro? apahal panas gila. Naik bengap dah gua", tegur gua.

"Kau tanya lagi? Ni neraka la ni, orang orang jahat macam kau memang penuh kat dalam, hah cepat la masuk, kau bangga sangat kan buat jahat selama ni? Lawan mak ayah, tipu lagi, bila tanya kau cakap kau study padahal kau tengah seronok enjoy enjoy kat luar, kau la jugak yang solat subuh hari hari miss tu kan? Bila kau ada mood kau solat, agak agak malas kau buat tak tau je. Hah, memang dalam ni la tempat kau, bila kau sorang sorang kat rumah kau tengok citer blue, macam la kitorang tak taw, duit banyak kau tau masuk perut kau je, derma kat masjid RM5 pun kau nak berkira kan?", jawab beliau panjang lebar

Muka gua yang dah malu merah jadik makin segan, gua tunduk kepala pandang lantai...

"Errr....", gua tak tau nak cakap apa

"Apa err err? ayam ke apa kau ni?", serentak tu jugak gua kena sepak masuk 'dalam'

Dan serentak tu jugak gua terjaga. Badan gua berpeluh peluh (sebab katil atas ni panas sial). Gua capai handphone tengok dah pukul 3.30. Roomate gua dua dua dah macam sampai kat Zuhrah punya lena. Besok gua exam. 

Time tu jugak gua rasa lain macam, mimpi gua kali ni serius menakutkan gila, Terbayang segala kejahatan dan kesalahan gua yang gua ambik ringan sebelum ni. Gua baru sedar gua belum solat Isyak. Tadi gua baring baring teros gol.

Gua turun dari katil terus pergi bilik air ambil wudhu. 



notakaki : Marilah kita sama sama cermin diri, hidup sekejap je, kita tak tau bila kita mati, siapa tak solat subuh pagi tadi?

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...