Road To Kuala Lipis 1 | downgila

Saturday, July 23, 2011

Road To Kuala Lipis 1


Hari semalam, Jumaat, hari last short sem gua. Gua dah kena check out hari jumaat petang tu. Sepatutnya gua nak check out khamis dah. Tapi ada la hal skit kena check out jumaat pulak. Pagi pagi lagi gua dah mimpi kemas barang. Barang gua banyak gila. Nervous sampai terbawak bawak dalam mimpi. Bila gua bangun pagi tu, dalam pukul 12 tgh hari, gua online sekejap, cadang nak kemas barang. Tapi gua tangguh la dulu. Online sekejap. Tengok tengok ada tak awek awek comel e-mel gua ke, ada tak sapa sapa tag gua dalam gambar kasut ke, bra ke, ada ke mamat mamat bangang yang tak habis habis tukar relationship status, Pastu gua jadik teringat ingat mimpi gua kemas barang. Bodoh gila mimpi kemas barang, Tak 'true' langsung. Read more..

Tapi akhirnya gua terlajak sampai pukul 1..Gua tangguh lagi kemas barang.

1 PM
Gua siap siap mandi pergi solat jumaat. Hari ni panas dia boleh tahan. Kira macam kalau nak buat tanning, lebih dari tannning yang lu orang dapat. Hangus terus. Gua siap siap teros gerak solat dekat masjid atas bukit. Baru menaik. Masjid tu kalau lu orang datang awal untung ada popia. Mana nak carik masjid kat Kuala Lipis bagi popia beb?

2 PM
Gua balik solat, solat tadi jadik tak khusyuk sebab teringat bila gua nak kemas barang. Balik solat gua keluar duit dulu dekat kolej 12. Gua punya duit dah tak ada. Habis. Tinggal duit syiling. Takkan gua nak makan goreng pisang je lunch? Gua keluar duit 5 juta. Dua tiga orang bader kat belakang berbisik bisik sesama sendiri. Mungkin cemburu agaknya.

Lepas keluar duit, malang pertama datang. Gua tekak tengah haus tengok air tin dekat vending machine macam sedap pulak. Gua masuk RM 1, tekan air 7 Up . Gua tekan je, gedegang!!! air tin jatuh. Gua dah gembira. Bila gua capai tangan nak ambil air, rupanya air tin tu tersangkut dekat dalam mesin tu. Gua panassss betul, ini lah vending machine zaman sekarang. Tahu nak menipu je. Gua ingat menteri menteri dengan Rosmah je penipu. Rupanya vending machine pun dah pandai menipu. Rasa nak terajang mesin tu tapi ramai pulak budak budak PASUM baru balik solat Jumaat, Gua batalkan niat. Gua rasa kerajaan harus ambik penting pasal hal vending manchine ni.

3 PM
Gua balik bilik pekena baring.

"Ahh. 10 minit je, lepas ni lah kemas barang.", gua bermonolog sendiri dan terus gol.

Katil bawah kipas. Kipas kasi '5'. Lepas makan, kenyang, Melayu mana yang tak lena?

4.30 PM
Gua terjaga. Sepuluh minit gua dah berakhir. Automatik gua jadi laju sumbat segala macam barang dalam bag. Masa tu dah tak reti dah ilmu lipat baju. Semua gua sumbat je dalam beg. Sumbat sana sumbat sini. 4 bag! tak termasuk bag laptop.

"Mati aku ni. Afif Fadhuli pun tak konfem larat nak angkat barang banyak macam ni. Apatah lagi aku", persoalan ni bermain main dalam kepala otak gua.

Bersambung kat sini....

4 comments:

  1. abg besa Kuala Lipis suda balik laa.. apa mcm cuti lama?? best? haha

    ReplyDelete
  2. Katil bawah kipas. Kipas kasi '5'. Lepas makan, kenyang, Melayu mana yang tak lena? <--- ayat paling best hahaha

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...