Road To Kuala Lipis 2 | downgila

Monday, July 25, 2011

Road To Kuala Lipis 2


Sambungan sebelum ni..

6 PM
Gua sebat jugak. Bawak dalam 10 meter dari bilik gua dah mengah. Kalau gua nak berjalan sampai LRT memang patah la gua punya kaki. Gua timbang timbang guna naluri gua, beg gua ada la dalam 40 Kilo. Gila berat.

Gua amek keputusan tahan teksi. Tunggu teksi macam cilake. Asal gua tahan tak pernah nak berhenti. Padahal kalau awek yang tahan, Ada orang pun dia suruh orang tu turun nak kasi awek tu naik. Dalam 15 minit gua tunggu, teksi sampai. Gua usha driver dia. Pakcik melayu umur lingkungan 60-an

"Pakai kopiah, orang melayu, warga emas, teksi warna kuning..boleh boleh, jadi jadi..Paling paling mahal RM 15 je pun ke Pekeliling tu", bisik gua dalam hati. 

Gua pun naik teksi tu.Gua ada fobia sikit naik teksi dengan India ni. Paham paham la sendiri kenapa. Karang gua tulis cakap gua tak 1Malaysia pulak.

7.10 PM
Yang bugimanye naik teksi ni, driver teksi tu, selama gua naik teksi, macam macam orang dah gua jumpa, ada yang mengaku PA najib dulu masa najib muda, ada yang mengaku wartawan, yang mengaku ninja pun ada, Gila betul. Tapi kali ni, pakcik ni mengaku dia askar. Gua percaya la jugak sebab muka dia macam baik je. Gua bajet teksi dari UM ke Pekeliling tak lebih la RM 15 sebab dekat je pun. Tapi petang tu jalan Jam, pakcik tu kata nak ikut jalan lain. Lebih dekat katanya. Gua ikutkan ajelah. Tapi nak dekat 15 minit, bayang Vistana dekat pekeliling tu pun gua tak nampak lagi. Haram

Meter teksi dah RM 25, pakcik ni bikin gua panas betul, Dia salah jalan lepas tu buat buat tak tahu, dia ingat gua tunggul ke ape tak tahu dia salah jalan? Gua dah la nak cepat. Bas pukul 8 ni. Makan pun belum ni. Sampai Pekeliling, tambang dah jadik mahal macam gampang. Lepas ni gua bertekad tak nak dah beli tiket petang. Disebabkan driver tu warga emas. gua bayar aje la. Sial tambang dia dah boleh beli satu baju dekat Uptown. Dah la dia yang salah jalan.

8.00 PM
Bas tak sampai sampai. Panas hati betul. Malang melanda diri gua banyak betul hari ni, Takpe lah. Dugaan nak dekat puasa la ni.

8.45 PM
BAS TAK SAMPAI LAGI MACAM BUGIMA LA NI GUA MARAH NI.

9.05 PM
Bas baru sampai. Celake janji kul 8, sejam baru sampai. Malang last sekali : Sebelah gua bader raggae raggae Koffin Kanser. Um um chaka um um chaka. Jahanam

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...