Tiket | downgila

Thursday, August 09, 2012

Tiket

Transnasional down gila tiket kuala lipis skim lindungan mesra selalu

Sekarang dekat tempat kerja memang gua dah tak boleh fokus, pandang bangla A nampak lemang, pandang bangla B nampak rendang. Ahhh sakit...

Hari Ahad tempoh hari gua ada beli tiket untuk balik kampung. Selamat gua cepat sikit aje. Kucar kacir juga gua merempit ke Pekeliling carik tiket.Sekali sekala accelerate, sekali sekala brek, sekali sekala isi minyak kuning 5 ringgit. Ni tiket nombor 3 last. Tengok seat pun dah 10A. Peh peh sipi sipi lagi gua balik kampung tumpang lori sawit.

Cuma yang gua tak puas hati kenapa tiket makin mahal ni? Dulu masa sekolah tiket gua RM9.40. Pastu naik 11.30, pastu naik lagi RM 14.60, pastu haritu naik lagi RM 14.70. Ni celaka apa "Skim Lindungan Mesra Selalu" pun gua tak tahu. Dari tahun 2003 gua naik bas ni tak pernah ada makwe bas cun nak bagi 'layanan mesra' pun?

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...