Hal Raya : ATM | downgila

Thursday, August 23, 2012

Hal Raya : ATM

Orang tua old man downgila ATM malaysia

Pakcik berkopiah putih dan lusuh tersebut memasukkan kad atm ke dalam mesin keluar duit automatik. Tapi taknya boleh boleh juga. Dia berusaha berulang ulang kali namun usahanya tidak berhasil. Pakcik yang kedua cuba membantu. Hasilnya tetap sama. Pakcik yang pertama tadi ambil keputusan bertanya orang di dalam bank.

Sampai giliran pakcik yang kedua. 

Pakcik yang kedua ambil alih mesin atm. Kusangkakan pakcik yang kedua ini mampu melakukan yang terbaik berdasarkan lagaknya menjadi jurulatih pakcik yang pertama tadi. Sangkaanku jauh meleset. Pakcik yang kedua masuk kad terbalik sambil tersengih " Aih..taknye boleh juga..". Pakcik yang kedua turut mengikut jejak langkah pakcik yang pertama. Masuk ke dalam bank dan bertanya orang bank.

Sampai giliran pakcik yang ketiga.

Pakcik yang ketiga nampaknya dari golongan professional. Sekejap saja dia settlekan pengeluaran duit, mengira-ngira duit dan terus blah dengan muka yang puas dan buas. Masa tu datang pulak idea bernas entah dari mana.

"Ni kalau aku bukak bengkel Cara-cara Mengeluarkan Duit Di ATM kat Lipis ni mau berkoyan koyan duit masuk ni."



Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...