The Bourne Legacy Movie Review | downgila

Monday, August 13, 2012

The Bourne Legacy Movie Review

Aaron Cross (Jeremy Renner) and Marta Shearing (Rachel Weisz) in an action sequence from The Bourne Legacy. The franchise, now four installments in, marches on with a new lead character and actor.

Walaupun duit gua dalam kocek ada lagi RM5, dalam bank ada RM15, gua gagahkan jugak beli tiket nak tengok citer The Bourne Legacy ni. Tiket RM14 mahal pulak hari ahad ni.

Cerita ni sebenarnya BUKAN sambungan Bourne yang sebelum ni. Tapi cerita dia berjalan pada masa yang sama dengan part ke 3 Bourne tu, Bourne : Ultimatum.

The Bourne Legacy

Director: Tony Gilroy
Genre: Action
Running Time: 135 minutes
Rated PG-13 for violence and intense action sequences

With: Jeremy Renner, Edward Norton, Rachel Weisz, Joan Allen, Albert Finney
The Bourne Legacy ni sebenarnya novel jugak, tulisan Eric Van Lustbader, dia macam sambung cerita Bourne yang asal tu punya penulis. Robert Ludlum. Cerita dia sebenarnya lebih kurang sama aje. Kalau dulu, Bourne ni dari projek rahsia kaw kaw nama dia Treadstone/Blackbriar, mamat kali ni, nama ejen dia bukan Jason Bourne. Tapi Aaron Cross. Aaron Cross ni asal dari program yang upgrade lagi dari Treadstone/Blackbriar, Outcome

Beza Outcome dgn Blackbriar ni jelas jugak. Ejen ejen Outcome ni diorang kena makan ubat. Bourne tak makan ubat, sebab tu gua rasa Bourne lagi lejen. Ubat ni akan modify kromosom pelancau semua so diorang ni jadik "Super-Soldier". Lagi kuat, kurang rasa sakit, leh lompat tinggi semua la. Tapi ada la masalah gua malas nak cerita panjang, so pihak atasan kena hentikan projek Outcome ni. Cara nak stop? Bunuh semua yang terlibat.

Aaron Cross (Jeremy Renner) and Marta Shearing (Rachel Weisz) in an action sequence from The Bourne Legacy. The franchise, now four installments in, marches on with a new lead character and actor.

Jadi ceritanya tuan tuan, Aaron Cross ni dapat larikan diri dari peluru berpandu tebabom semua la sebab dia main karakter kan. Dengan power dia, dia boleh sampai US balik dan carik sorang makwe ni nama dia Dr Marta. Makwe ni la yang buat ubat yang si Aaron ni makan. Takde ubat ni mula la ejen ejen ni jadik kucar kacir.

Tapi masalah dia, ubat tu dah habis. Dah tak ade lagi buat. Sampai ceruk tok kun pun dah tak ada jual ubat tu. Macam mana diorang nak atasi masalah ni? Dah la ada ramai orang datang nak bunuh diorang. Polis semua kejar. Ada ejen Mat Korea lagi kejar diorang. Hah! Lu orang tengok sendiri kat wayang la kah kah kah. Gua beli tiket mahal mahal sedap hati aje nak cerita semua?

Jadi secara keseluruhan , kalau letak 'benchmark' dekat cerita asal Bourne tu 10, gua kasi movie ni 8/10 la. Padat dengan aksi tapi awal awal tu slow sikit.

Sekarang ni dari gua melalut baik gua ikhtiar macam mana nak hidup duit dalam dompet ada lagi 8 ringgit sen sen. The Bourne Legacy BRRIP free download mediafire single link DVDrip MKV

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...