Lawatan Tabligh | downgila

Thursday, March 28, 2013

Lawatan Tabligh

muslim man quran doa tabligh

Gua tengah makan masa tu sambil layan movie "The Hobbit" baru je siap download. Tiba tiba pintu bilik gua diketuk 'somebody'.

Tok tok tok!

"Assalamualaikum..."

Tok tok tok! Ketukan semakin kuat tapi masih maintain berhemah,.

"Assalamualaikum..."

Sekali lagi dengar suara sayup sayup memberi salam dari luar.

Sejak bila pulak si Sarawak ni pandai bagi salam nak masuk bilik gua? Biasanya jenis tonyoh je masuk tanpa segan silu dan rasa malu.

"Weh masuk aje lah, aku tak kunci pintu", Jerit gua dari dalam sambil sambung makan daging masak lemak DM. Scene movie masa tu pulak Bilbo Baggins tengah mencelah celah nak amek pisau dekat jubor troll yang curik pony dia orang.

Dah banyak kali sangat ketuk, gua sendiri pergi membukak pintu. Pintu gua bukak sedikit demi sedikit. Sedar sedar depan pintu bukanlah Sarawak, bukan juga Taiping, tapi ada 2 orang budak berjanggut. Seorang berpakaian arab, seoarang lagi pakai T-shirt ada tulisan 'Larian Amal Palestin'.

"Kami nak pinjam beberapa minit dari saudara. Boleh ke?", Sambil menghulur tangan ingin bersalam.

"Ah sakit.....", monolog gua sendiri.

Gua angguk lalu capai jaket panas di kepala katil. Orang tabligh datang ni, kalau tak pakai baju nampak tak senonoh benar. Gua perbetulkan sila memandangkan kerusi di bilik gua tidak cukup kalau nak bawak berborak secara 3 on 3.

Dari cerita Abu Hurairah hinggalah ke Harta Karun. Dari Harta Karun hingga la ke cerita Pirate of Carabean semua benda keluar. Kapten Jack Sparrow la, orang perut gendut la, orang muka sotong la, orang kaki dengkot la, makwe Inggeris la, semua watak budak baju 'Larian Amal Palestin' tu perincikan satu persatu.

Gua banyak mengangguk dan ter 'haa, haaa...' saje.

Seperti biasa, gua pun buat buat faham, meneruskan teknik pandangan mata ke mata yang gua belajar di latihan teater dan beberapa kali mengangguk serta ter "haaa, haaa..."

Agaknya mereka faham pandangan gua, mereka pun berangkat mahu bertarbiah ke orang yang lebih patut. Tapi sebelum tu, abang pakai baju arab ada sound;

"Kami teringin benar nak dengar suara saudara di corong surau.", Sambil tersenyum manis penuh harahap.

Gua terus senyum dan buat macam "haaa, haaaa..." lagi.

16 comments:

  1. alhamdulillah. tryla :D

    ReplyDelete
  2. Haha... Apasal lidah lu kelu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua bukan kelu. tapi bersetuju hahahahah

      Delete
  3. haaa haaa haaaa.......

    ReplyDelete
  4. moga moga dirahmati kite hendaknya

    ReplyDelete
  5. Akak teringin benar nk dgr sore anda dicorong surau..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kak...jgn la gitu haha. balik lipis nnt

      Delete
  6. Kasi tau siket apa diorang cakap. Diorang dah sampaikan kat lu, lu sampaikan kat kitorang. Sama-sama dapat pahala....

    ReplyDelete
  7. ini sudah bagus....hehehe

    jap kenapa ketuk kenapa tidak beri salam?

    ReplyDelete
  8. heh you should feel honoured laaaa :-P

    ReplyDelete
  9. aku harap dapat dengar suara engko dekat speaker masjid lipis tu nanti.
    hikhikhiksss

    ReplyDelete
  10. suara lu mesti sedap kan?

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...