Brooks Half Marathon 2013 | downgila

Sunday, March 03, 2013

Brooks Half Marathon 2013

Gua baru balik dari larian Brooks Half-Marathon ni. Nak try 21KM pulak. Selama ni 10KM je. Bosan jugak lama lama. Sebagai remaja yang cekal dan amanah, gua perlukan cabaran yang baru. Gua register sama Salak. Pergi naik kereta Salak.

Masa berlepas pukul 5.30 pagi. Gila babi awal. Disebabkan disiplin yang tinggi, gua dan Salak berlepas pada  pukul 5.30 juga. Masa tak payah tanya la. Lambat sikit takpe la ye dok first time. Mana ada lu orang start main bola terus boleh jadik macam Robin Van Persie.

Larian Brooks ni best. Yang best nya sepanjang lari tu susah jugak nak nampak orang berjalan. Semua lari. Tak macam Nike We Run KL, lu start je, baru 200meter dah ada yang berjalan. Siap pimpin tangan. Celaka apa? Baik tak payah masuk event lari. Masuk la event "Mari Jalan-jalan Sekitar Kolumpo" ke apa apa yang lain.

Habis larian gua pekena tembikai 2 potong, sembur ubat panas sikit dengan dapat Tau Foo Fa. Cina punya lah tapi. Yakin je lah halal. Gua tengah kebulor kot!

brooks half marathon 2013 picture posters
brooks half marathon 2013 picture posters
brooks half marathon 2013 picture posters
brooks half marathon 2013 finisher t-shirts medal

******

Balik balik kolej nampak ramai makwe tengah main Bola Tampar sepena "Sukan Antara Aras" gua rasa. Salak kata dia berkenan dengan yang baju merah tu. Selera seks yang pelik rupanya si Salak ni.

Dayasari Kolej kediaman kelima Universiti malaya national blood donation

Notakaki: Semalam gua pergi Big Bad Wolf yang jual buku murah tu. Gua telah membelanjakan RM0 sebab buku semua entah apa apa dah yang tinggal. Pelik jugak jenis yang beli sampai 3 4 kotak bawak balik tu. Beli banyak banyak baca ke?

6 comments:

  1. Hahaha. kau pergi hari sabtu mmng la x best.

    ReplyDelete
  2. peh kacak bergaya.
    gua tak p OII bbw

    ReplyDelete
  3. 21km? tak larat. selalu ikut yang 10km aje..

    ReplyDelete
  4. Each individual can liable for this error formerly
    some other. You'll warm a small number of stand spoons akin to veg
    oils within non-stick cook fry pan. Similar to gifts, one must try out a item's
    a large amount of main features looking at placing your order
    so as to the most the buying. A particular very popular Movie plotline explored just by varieties of pics with the Correct toaster oven Young lady, Model and also
    Stepford Spouses (around the more fresh-faced situations in the).

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...