Kemana Selepas SPM? | downgila

Monday, March 25, 2013

Kemana Selepas SPM?

INDECISE GORILLA KEPUTUSAN SPM 2013 RANKING SBP SPM 2013

Gua sering diajukan soalan “mana nak pergi lepas SPM”. Mula mula adik gua, lepas tu kawan adik, lepas tu adalah anak kawan mak gua dan lain lain. Ada yang tanya nak masuk diploma ke, PASUM ke, matrik ke tingkatan 6 ke atau pergi menjadi tabligh.

Secara ‘honest’ gua mana lah tahu mana lagi bagus sebab gua tak pernah masuk semua. Gua dulu budak PASUM. Batch 08/09. Jadi gua boleh ulas PASUM saje. Ini pun gua ulas yang dalam Malaysia aje. Kalau lu orang jenis 10A, 11A pastu dapat pergi obersea lain pulak cerita dia. Yang tu gua malas nak cerita. Nanti panjang sangat pulak. Gua dah mengantuk ni.

Jadi, alternatif yang popular sekarang adalah matrik dengan PASUM je sebab masa singkat. Setahun pastu masuk degree. Diploma dengan tingkatan 6 lama sikit. Ada yang tanya nak masuk PASUM ok ke? Pada pandangan gua, kalau nak senang, masuk la matrik, gua bukan nak pandang rendah mana mana tapi memang betul la matrik senang dari PASUM.

Lu bayangkan, PASUM satu sem belajar 8 subjek. Satu subjek dia pecah kepada 2. Matrik gua rasa 4 ke 5 gitu je. Budak hayat PASUM kena belajar Fizik jugak. Babi kan? Gua lah salah satu mangsa. Budak hayat PASUM belajar fizik lagi dalam dari budak Fizikal kat matrik belajar Fizik diorang. Babi lagi kan? Gua tau.

Contoh. (ni subjek yang budak PASUM kena amek masa gua dulu la, ni untuk sem 1 SAHAJA):

a) Kimia –Kimia bukan organic, Kimia organic = 2 subjek
b) Matematik – Algebra, Statistik = 2 subjek
c) Fizik – Fizik 1, Fizik 2 = 2 subjek
d)(HAYAT) Biologi – Biologi 1, Biologi 2 = 2 subjek
   (FIZIKAL) Subjek fizikal - Matematik kejuruteraan, C++ Programming

Jumlah 8 subjek. Macam haram banyak. Mana sempat weh nak fokus. Pastu nanti susah la sikit nak skor exam oi. Kalau lu masuk matrik diorang mana ada belajar programming ke math engine ke haram apa semua takda. Yang basic basic saje. Nak tolong melayu punya pasal. Tu pun ada lagi yang buat main main tak sedar dek untung tau beromen aje kat matrik. Bodoh punya melayu.

Budak tingkatan 6 pulak gua nampak ramai budak cina. Sebab diorang susah nak masuk matrik. Nak cakap kat sini tingkatan 6 pada gua aliran sains dia lagi susah dari PASUM. Sebab tu budak budak cina yang masuk UM untuk Ijazah ni semua pandai gila. Diorang punya silibus lagi dalam.

Diploma pulak lama sikit, tapi apa yang gua nampak budak diploma keluar diorang lebih matang dan macam banyak pengalaman sikit. Bila masuk degree itu dan tau ini dah tau la banyaknya budak diploma ni. Lepas habis diploma pun dah boleh kerja.

*****

So sebagai konklusi, kalau lu orang nak pengalaman dan boleh kerja amek la diploma, rasa pandai dan suka buat kerja sekolah dan bukan melayu, masuk la tingkatan 6. Kalau lu melayu dan saja saja gedik nak duduk KL, amek la PASUM. Susah nak skor nanti pastu asyik ‘compare’ result dengan kawan kawan matrik jangan salahkan gua. Kalau lu orang melayu, nak skor, nak jadi doctor ke apa, masuk la matrik. Susah ke senang yang penting lu skor. Tak kisah la kat mana. Jadi kenapa nak yang susah kalau ada jalan yang lagi senang?

Tapi yang gua cerita ni aliran Sains aje. Yang geografi la, sastera la, pembangunan manusia, perakaunan, undang undang semua gua tak berapa nak pasti. Yang gua tau budak budak Undang undang kat UM ni ramai juga dari Asasi Undang Undang UiTM.

Dah. Setel. Sekali lagi gua tak ada niat nak rendahkan mana mana pihak. Gua cakap pun dari pengalaman dan apa yang majority orang kabor.  Lu tak setuju dan nak jugak mempertahankan matrik lu orang power ke apa, boleh jalan.

Satu lagi, kalau lu orang masuk PASUM, secara automatik korang akan menjadi bodoh dalam bab bab melintas jalan. Gua pun tak paham kenapa. Budak matrik melintas gua tak tahu macam mana. Mungkin lebih berterabur.

Gua nak pekena baring dulu. Selamat ber-asasi. Jangan jadi kutu hisap gam sudah lah. Sekian.

INDECISE GORILLA KEPUTUSAN SPM 2013 RANKING SBP SPM 2013 RANKING SEKOLAH SPM 2013

14 comments:

  1. budak engine25/3/13 4:36 PM

    gua pun pasum gak dulu

    ReplyDelete
  2. gua diploma pendidikan je

    ReplyDelete
  3. pergh,ok.cancel PASUM

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. ikut korang la. aku bg cadangan je. korang yg bayar yuran

      Delete
  4. Kau pun kena penyakit melintas gak ke gp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku xde. sbb aku melintas di lintasan zebra. powa

      Delete
  5. any idea for asasi Uitm ? or asasi sns mmg sama jaa subjek diorang dgn other U ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasi UM (pasum). UiTM ada jugak asasi. Ada asasi sains dgn asasi undang2. dgn persediaan keluar negara kat INTEC.

      Untuk subjek aku tak pasti. Basic dia sama(maths, chemistry etc) tp budak asasi hayat UiTM xyah belajar fizik. PASUM je entah apasal kena belaja fizik jugak

      Delete
  6. study je. masuk mana pun takpe. kalau tak study..u buat master ke apa..lingkup gak.

    ReplyDelete
  7. gua matrik,,,same susah ngan mtrik. math kitorang blaja bukan stakat algebra n statistik,tu hanye pecahan bab kecik je..kimia pn same,organik dan bukan organik. subjek kemahiran pn adegak,,,lu nk bangge ngan lu punye pasum,gua nk bangge ngn matrik gua

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku taw la. kau belajar bukan organik sem 1, organik sem 2. kitorang belajar dua2 yg kau belajar masa setahun tu dekat sem 1 je. sem 2 ada lg 2. physical chemistry dengan organic lg. dah kalau kau matrik mmg sama susah la dgn matrik ke camne? haha

      Ktorang subjek kemahiran pun ada, yg buat website tu. aku bukan nak bangga2 pasum. aku cuma nk cakap mana alternatif yg lagi bagus dari pasum. tak payah la terasa. wakaka

      Delete
  8. oi tukar template! hebak

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...