STREAMYX EQUAL PIG : PART 2 | downgila

Tuesday, August 23, 2011

STREAMYX EQUAL PIG : PART 2

Ini bukan piggy-bank, ini line Streamyx rumah gua
Sambungan dari sini

Pagi semalam semalam lagi, 2 hari semalam punya pagi gua main DoTA tengah tengah game, perkara yang paling semua pemain DoTA risau terjadi dekat gua, iaitu terputus talian. Yang gua jadik sakit hati dia putus dalam 5 minit lepas tu ok balik. Dalam 30 minit putus OK balik. Memang tak dapat ah gua nak ber-DoTA lagi lepas ni. Tercalar ah maruah gua. Nanti gua mesti dilabel 'leaver' silap silap kena ban pulak gua nanti

Gua dah tak tahan lagi pastu telepon la 100 tu. Ada la mamat mana entah jawab.

gua : Selamat pagi, line internet rumah ni macam siput punya lembap. Dah la selalu putus2. Apa sebab ek?

TM : Cuba encik sambungkan bla bla bla.....

Brader tu menerangkan apa masalah yang sedang dihadapi, dia guide gua step-by-step cek internet dari tulis ipconfig sampai la ping balik apa entah gua pun tak tau. Gua mana reti sangat bab bab komputer ni.

Last last dia bgtaw macam ni

"Ok Encik Azwan, sila ambil nombor ni dan kami akan hantar teknikal besok ye. Ni bukan masalah modem atau komputer rosak. Jangan risau"

"OK. thanks", jawab gua. celaka kena tunggu lagi sehari suntuk la kan. Takpe la. Esok ok lah kan.

Besoknye, Ada seorang uncle TM datang dan dia ada la otter otter apa entah last2 dia telepon TM guna secret no pastu dia cakap suruh tukar port ke port 50.

Bila dia balik sebab dah setel, gua pergi bilik online, peh memang laju la internet gua. Terasa la dia punya 1mb tu. Gua pun terus bukak Garena masuk game. Excited ni

Dalam setengah jam kemudian, gua disconnected pulak. Babi betul gua pergi modem tengok memang lampu 'internet' dengan 'DSL' tak menyala lagi. Kejadah!

Takkan hari hari pakcik tu kena datang rumah gua nak bg internet laju? Pftt...

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...