SALAH KE KAJI BIBLE? CUBA JAWAB? | downgila

Friday, August 12, 2011

SALAH KE KAJI BIBLE? CUBA JAWAB?



Post ni agak sensitif. Melibatkan agama. Gua sangat pelik dengan tindakan merampas Bible yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu baru baru ni. Kenapa ada sesetengah pihak yang nampak macam cuak gila Bible ni ada dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu ni kan bahasa kebangsaan, So ramai orang guna bahasa melayu. Ada la penganut Kristian yang sedia ada yang masih tak reti berbahasa omputeh. So, apa salah nya bila bible di translatekan kepada BM? Pastu terang terang gua tanya pendapat orang, mesti ada yang akan cakap macam ni..


Bible dalam BM bahaya la sial. Nanti orang Islam baca abes ah rosak akidah bai.

Jawapan  gua : Ustaz  mana yang ajar lu baca bible boleh rosak akidah? Bagi gua satu sebab atau hadis yang halang umat Islam dari membaca Bible? Kalau lu tengok sorang Ustaz ni. Gua tak ingat apa nama dia. Cuba usha kat SINI. Dia ada buat perbahasan agama dengan paderi Kristian hanya dengan guna Bible jugak. So, kalau ustaz ni boleh kaji bible. Kenapa orang lain tak boleh?

Mungkin yang menghalang tu lupa yang kat Malaysia nih ada penganut kristian. Dan penganut kristian ini rakyat Malaysia. Dan bukan semua rakyat malaysia fasih berbahasa omputeh kan? Setau gua yang dekat sabah tu lagi la, tak reti sepatah haram bahasa omputeh. Setau gua lagi, bible bahasa melayu ni memang dah lama wujud pun di malaysia. dah lama ok. Tapi kenapa..kenapa,,kenapa sekarang kerajaan baru nak kecoh? Tak ke dengan tindakan macam ni, kita seumpama menafikan hak diorang ber-agama.

Gua pun ada soalan..

Sebenarnya apa sebab kerajaan nak halang Bible bahasa melayu ni?  Itu soalan gua yang bermain di fikiran ni. Kalau melarang atas faktor politik.. maka aku bolehla katakan kerajaan ini agak Kulit bawang. Kalau nak jaga akidah umat Islam kat Malaysia ni, bukan dengan cara halang bible BM ni. Yang patut korang semua, pakcik pakcik menteri yang majoriti nampak macam pandai sebab kepala korang botak dekat tengah kena buat adalah....

1) Korang nak halang Bible BM TAPI bagi permit pulak Kasino besar nak mampos dekat Genting tu?

2) Korang nak halang Bible BM TAPI korang halalkan pulak penjualan arak yang budak budak muda sekarang ramai teguk. Ke lu orang pakcik pakcik politik botak tengah pakai spek pun sama satu kepala teguk jugak?

3) Korang nak halang Bible BM TAPI korang bagi pulak penjualan majalah yang gua dari kecik rasa majalah ni bengap gila. yang baca bengap. yang buat pun bengap. gua kisah pulak pada siapa yang terasa. Tapi siapa baca MANGGA memang bengap.

Sekurang kurang nya, bible tak ada pulak keluarkan gambar awek awek artis baru nak up tunjuk celah kangkang dan pose kat tepi swimming pool. Peluk peluk bini orang tu bagus la sangat kan Najixx. Kau suka baca sebab tu dari gua kecik lu tak pernah pulak nak halang majalah bangang ni.



Nak sebut semua memang tak tersebut la. Point gua, banyak lagi menda yang perlu korang blok sebelum halang kemasukkan bible bahasa melayu yang mana kita sendiri pun tak tahu effect yang pasti.

Bila masuk bab agama ni. gua memang tak berapa power. So gua carik carik. Jumpa satu pandangan dari Ulama Umno pasal hal ni. nak baca..GO SINI

Jangan salah paham. Gua bukan nak backup penyebaran agama kristian kat malaysia. Tapi gua tak nampak sikit pun point kenapa kerajaan nak block bible bm sedangkan ruang maksiat yang terang benderang dibiarkan macam tu je. Kepada puteri puteri UMNO yang butthurt boleh belok kiri dan pergi jalan. Tak payah la nak bagitahu gua pasal akta akta dan apa la lagi law-bullshit gua malas nak dengar.

Come on la melayu. Takkan menda camni dah nak melatah. Takkan lu orang baca bible pastu terus nak anut kristian? sendiri la pikir...Siapa tak puas hati meh gua lastik sikit.

22 comments:

  1. semua benda anda dah state . so aku pon xtau dah nak critic apa sangat . 1 ja nak ckp bab bible ni on individu kan . so apa la mau takot kalau sendiri sedar diri tu islam dah kan . ni la #melayubuatterok . haha . apa2 pon entry kali ni total WIN !!

    ReplyDelete
  2. haha weyh kurang pahale pose weyh ko letak gamba2 gini.. seb bukan islam yg ko letak gamba ni. law tak da kire aib.. hehe.

    btw betol lah. sape kate taley bace bible. kite bace tok kaji. tok jdkan bahan perbandingan. sape yg ingat g bace tu teros leh murtad tuh. meh aku ketok pale. nauzubillah~

    ReplyDelete
  3. tak salah~ malah bagi aku digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan akidahnya dan ingin berjuang mematikan hujah2 para missionary kristian, aku sendiri membaca bible~ dan saya yakin, jika umat islam yang cukup solatnya 5 kali sehari mengkaji bible, akan mudah terlihat akan kelemahan2 dan kekurangan2 dalam bible~

    ReplyDelete
  4. aku stuju ngan kau GP. Tak perlu la nak melatah sebab isu macam ni. Ini isu lama, nak korek2 kasi panas buat apa.

    ReplyDelete
  5. @Wan : yup..sendiri taw la. kalau dah diri tu islam. abes tu baca buku blue tu xde plak gomen nk blok

    ReplyDelete
  6. @lyn : aku letak malam smalam. time tu aku xpose =PP

    ReplyDelete
  7. @kurosagi : yupp...that's my point! patut kita kaji baru nampak kat mana flaw dia kan. not prevent org dr kaji

    ReplyDelete
  8. @miziey : yup. dah nk dkat pru ni la negara jd kucar kacir jap. benci suda aku politik ni

    ReplyDelete
  9. biasa la . gomen . gomen pon orang apa anak2 ? orang melayu . biasa lah melayu buat apa anak2 ?? #melayubuatterok

    ReplyDelete
  10. mangga yang pompuan mekap tebal macam pela... tu ? sori ah pas kat member aku je lahh .

    ReplyDelete
  11. ceh. aku baru nak jawab. hahaha

    ReplyDelete
  12. tak salah kaji bible sebab ulamak amatur macam Ahmad deedat dengan abdul zakir karim naik pun siap hapal semua jenis-jenis bible termasuk isi die. derang berdua ni pernah bedebat dengan orang yahudi. Abdul Zakim Karim naik ni bidas pendapat YAHUDI pun dengan gunekan perbezaan dalam BIBLE and Al QURAN, so, why bother kan. Tapi kite as a muslim lebih baik kaji dulu kitab kite sendiri dari kaji kitab orang lain kan kan. woot~

    ReplyDelete
  13. @hayley : kawan kau pun ntah mnat ke x

    ReplyDelete
  14. like smpi mati entry ni! haha

    ReplyDelete
  15. @Spek itam : memang ah. kena kaji kitab kita dulu. tp main point aku bce bible tu tak salah.

    @aizat : eh jgn r sampai mati. haha

    ReplyDelete
  16. x salah.....sebelum berdakwah ttg islam..kita perlu berilmu...kita perlu tahu serba tahu kekurangan sesuatu agama tu..sebelum kita membahaskannya..

    ReplyDelete
  17. tp sy ade tgk video ahmad's dream dia ajak org islam murtad! ade ke kitab bible tu kitab suci org islam! islam lah sgt! pelakon2 melayu dlm video tu sume dah murtad..ortodox...

    ReplyDelete
  18. aku pun ada tgk.full episod lg. tapi pada asalnye xsalah kaji bible. diorg yang sesat tu sape suruh. kaji tujuan kena la tetap. kalau rasa boleh terpseong tak payah kaji. bukan susah

    ReplyDelete
  19. apabila "mereka" sudah berani untuk menyebarkan agama masing dgn terang-terang...adalah ini kerana slogan 1Malaysia semua boleh..

    ReplyDelete
  20. At least diorg ada usaha untuk sebarkan. tapi kita sebagai umat islam apa kita buat? Akademi Fantasia! GO!

    ReplyDelete
  21. Terima kasih siapa yg buat statement nie .....
    saya penganut k ..
    tapi,kalau meraka nak block kan.
    tiada yang halang ..
    sebab negara malaysia nie negara islam... :(

    ReplyDelete

Sambung Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...